Wonder of...


Assalammualaikum...
Ada kerja nak buat harini? Kalau ada...pegang bahu dan kata.
"Thanks for being productive today"

I'm still at home mencari gali ketenangan. (realitinya, give me any job to do please)

Harini saya nak cerita about this topic --> OCD & OCPD (Obsessive Compulsive Disorder & Obsessive Compulsive Personality Disorder)

I just wondering about this. How dangerous it? and how it affect people's life?
So, I do research sebab saya baru terbaca satu artikel dari someone yang share cerita tentang hidup dia bila mengalami symptoms ni.
It isn't kind of disease yang menyebabkan sakit pada fizikal tapi ia penyakit yang menganggu mental atau jiwa seseorang. Bahasa lainnya adalah psikologi abnormal.

First, secara ringkasnya orang yang ada kedua-dua jenis kecelaruan ni biasanya akan mengalami perasaan was-was dalam satu hal. Contohnya, bila cuci pinggan dia akan rasa tidak bersih walaupun dia sudah mencucinya berulang kali. fikiran mereka akan mendesak mereka untuk melakukannya berulang kali. Mereka akan sentiasa bimbang dengan sesuatu perkara. Ini bagi OCD.
Bagi OCPD pula, ia adalah rutin harian seseorang secara peribadinya. Contohnya, bila mereka mengalami rasa was-was (OCD) terutamanya dalam hal kebersihan, rutin harian mereka seperti mandi, mereka akan mengambil masa yang lama untuk memastikan diri mereka benar-benar bersih. Begitu juga dalam melakukan kerja-kerja mengemas rumah, mereka akan mementingkan keteraturan dan kekemasan semua benda dan ini akan mengganggu jadual masa dalam rutin harian mereka.

Dengan symptom2 macam ni, mereka akan lebih cenderung untuk mendapat masalah kemurungan, cepat letih, mudah marah, rasa kurang selesa dsb. Disebabkan depression ni juga, ia mungkin akan mengakibatkan masalah jiwa dan mental jika tidak dirawat.

Bila dengar ciri-ciri OCD & OCPD ni, terus cek diri sendiri haha.
Sebenarnya, I've to learn how to control my emotion je.
Tak tak, saya belum sampai ke tahap kecelaruan macam ni.
Tapi memang sometimes akan rasa ragu2 tapi not too much. Bila dah rasa satu pinggan berminyak atas rak pingan I'll recheck pinggan2 lain dan cuci kalau ada yang berminyak. Tapi rasanya ni sebagai common sense sebab takkan kita nak biarkan. Satu lagi benda yang annoying, bila tengah sakit tekak I will imagine a lot of bacteria are flying around me. Time tu la terbayang habuk2 kipas berterbangan, debu2 berlegar2 depan mata sampai rasa macam dah masuk berkumpul dalam tekak. Cuma rasa annoying and I just wearing mask, settle.

Tapi, walaupun rasa insecure sangat dengan habuk2, I prefer untuk kemas rumah than masak. Sebab kalau nak suruh masak, I need pembantu yang jadi tukang cuci segala pekakas masak yang dah diguna, kalau tidak I'll take time untuk cuci sambil memasak sebab tak boleh nampak bersepah dalam sinki (so, it caused my cooking will be overcook sebab I sibuk cuci besen2 dan segala bekas2 letak sayur, ikan dan sebagainya xD) but I'm not stress on it. Avoid dari rasa stress. Enjoy la my meals and someone tolong la kemas sinki when I'm cooking -_-.

And one more thing why I prefer untuk kemas rumah, sebab bila orang lain kemas rasa macam tak bersih terutama bab menyapu. Actually bersih je pun orang tu kemas cuma rasa nak puaskan diri sendiri. I'm so dengki dengan habuk, it is my musuk ketat forever.

So in conclusion, i just can advice sesiapa yang ada perasaan was-was dengan sesuatu yang dianggap tak logik atau rasa diri tu sentiasa berasa bimbang yang melampau, buat lah rawatan dan berjumpa dengan pakar.
Everything kita kena mula dengan pengawalan diri kita, cuba untuk mengawal emosi kita agar kita tidak dikawal olehnya. Enjoy your life with smile, don't be overstress or overthinking.

In this world tidak ada manusia yang meminta untuk sakit, penyakit macam ni juga bukanlah sesuatu yang diminta, boleh jadi itu ujian bagi mereka.
I've seen ramai yang struggle to survive from this disease. Be strong guys, hopefully you can fully recover and can enjoy your life without stress or depression. :)

Contact Form