Happy New Year in advance!!




Assalammualaikum...

December 2017 almost end. Alhamdulillah.

I suppose to write this entry for New Year wish tapi kebarangkalian untuk post entry ni sangat tipis. Sebabnya, maybe rumah dah tak ada wifi on January if jadi pindah rumah on that month. So, disebabkan ketidakpastian ini, I use to post this entry today.

So, I wish you guys....Happy New Year in advance :D yeyyyy #soundeffectbungaapi

The topic today is ‘Farewell 2017’. #wavemyhandexcitedly
Thanks for every moment we spent together. It gives me so many lessons along the years, the breaking of my heart; pieces to pieces, my ups and falls; cried for all night long.  But, I would never forget all that Allah has blessed me with, there’s too many.

The famous question for new year apa?
Yesss, semestinya; Apa azam tahun baru?.
Actually, kalau untuk azam I’m not trust myself so much. Sebab ia bagaikan;
“Azam tahun ni saya nak melaksanakan azam tahun lepas”. Then,
“Azam tahun lepas apa?”.
“Azam tahun lepas adalah ingin melaksanakan azam yang tahun lepas”. Till the end.
Since awal muharam I was jot down all my azam, nak buat tu, nak buat ni. But it doesn’t work as the plan, orang kata tak istiqomah la senang cerita.

So, nanti kalau ada yang tanya, “eh, azam tahun baru apa?”.
I’ll say; “berazam untuk menjadi manusia yang sentiasa berazam”
-
-
No matter what your azam is, yang penting benda tu memberi manfaat dan nilai sejauh mana usaha anda untuk melaksanakannya. Semoga 2018 memberi lebih banyak kebaikan buat kita walaupun ujian akan tetap menanti kita, face it dengan sabar dan fikiran yang lebih matang. Sekian dari saya yang menutup tirai 2017 terlebih awal.

Good luck untuk masa depan kita semua. Dan teruslah mempertahankan agama, bangsa dan negara. Selamat mengundi. Eh...selamat berjuang ‘

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
sejuksedap lawa cara moden
SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]
Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 
sejuksedap lawa cara moden
Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 
Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.

Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 
TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

 Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog,
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018

December is....the great month



 Assalammualaikum.

Blessing month. Tahniah kepada semua rakyat jelata yang telah mendirikan masjid pada bulan Dec ini. Alhamdulillah.

And, so far...belum dapat invitation dari kawan sendiri. InsyaAllah. Sekarang masih setia follow mak ke invitation anak kawannya saja. But it isn’t a good news sometimes. -_-

Thanks to makcik-makcik yang banyak memberi dorongan, kata-kata semangat serta sumber-sumber inspirasi  buat mak saya agar bertanyakan soalan comel kepada saya. All things issued, sampai orang yang dah move on pun terlibat sama. Anda mesti tidak faham apa yang saya maksudkan kan. Tak apa, tak perlu faham yang ni.

Apa yang anda perlu faham adalah, “what married is?”

So, here is the real topic sebenarnya.

“Don't rush things. When the time is right, it will happen”.

Kadang sesetengah orang ni takde la stress sangat fikir pasal bila nak kahwin kan walaupun sebenarnya kena pikir juga. Tapi, disebabkan environment, orang sekeliling yang sibuk bertanya dan ditambah lagi dengan stereotype ‘orang lama’; "tak takut ke jadi bujang terlajak nanti". All those things yang lama-kelamaan boleh menjejaskan tumpuan kita pada perancangan masa depan yang lain.

My mom is too scares with what would people said. Dan ini juga salah satu stereotype. (berfikir mesti akan ada orang yang sibuk bertanya)

Now I’m 20 something, not 24 yet dan buat julung-julung kalinya hari ini saya akan bercakap tentang topik yang jarang menjadi pilihan saya untuk dibahas due to my experience that I don’t have. Kahwin pun belum macam mana nak cakap pasal topik ni?

Don’t worry, saya hanya akan bercakap tentang suggestions dan penjelasan untuk memperbetulkan tanggapan orang yang berstereotaip seperti di atas.

First, we’ve to understand, why we get married?
Antara jawapan anda mungkin;

  • Because it's sunnah.
  • Dapat mencegah kita dari maksiat.
  • Sebab kahwin ni boleh buka pintu rezeki buat kita.

Dan macam-macam lagi jawapan mengikut pendirian masing-masing.

Point saya tentang perkahwinan ini adalah, Ia adalah perkara yang sangat sangat tidak boleh diambil mudah.

“Eh, I thought...I dah jatuh cinta la dengan dia. Esok I nak try ajak dia kahwin la”...bla..bla..bla..

“Rasanya duit I dah cukup, jom kita kahwin”...bla..bla..bla..

“Mak!! Esok pinangkan tipah untuk saya. Saya rasa dah berkenan dengan dia”.

Dengan hanya berbekalkan perasaan cinta untuk membina sebuah perkahwinan? Tidak.

Okay, berkahwin isn’t only for 1 day, or 1 week, or 1 year.. it’s for the entire lifetime of our lives. Remember this. After you get married, rutin harian akan mula berubah, and after you having childs rutin harian sekali lagi akan berubah dan begitulah seterus dan seterusnya. What I want to said is, harus sentiasa bersedia untuk menghadapi setiap perubahan-perubahan yang akan berlaku. Orang kata, berfikiran kehadapan, always be prepare...what to do next...next... and next.

Dan begitu juga soal kahwin muda. It is nothing wrong with it as long as you’re well prepared for any test in marriage. So, what kind of preparation? For me, dekatkan diri pada Allah terlebih dahulu. Kekuatan hati kita bergantung pada iman kita. So that, kita dapat kawal emosi, dan akan lebih berfikiran matang. Bila kita da sentiasa letak Allah di hati kita, all kindness will comes. Lately, ada terbaca entri dari seorang blogger, budak mato, entri tu dah lama. Semua da kenal dia ni since now dia dah jadi write. Ok, sebenarnya saya cuma nak bagitahu tentang kata-kata dalam entri beliau;

“Saya bukanlah sesiapa yang layak bercakap tentang pernikahan. Kerana siapalah saya untuk menghalang pernikahan awal. Tapi kena jelas, kahwin ni bukan for fun. Bukan untuk sehari dua, bukan juga sebulan dua atau setahun dua. Kahwin ni biar selamanya. Kahwinlah kerana nak dapat redha Allah, bukan kerana nak menunjuk-nunjuk dan cuba untuk menjadi contoh. Bukan juga kerana nak 'bebas maksiat' saja. Sebab kalau itu matlamat kita, kita akan bosan”.

Point yang saya boldkan pada kata-kata beliau itu adalah perkara penting yang saya nak sampaikan dalam topik ini. The most important thing adalah niat kita. Insyaallah kalau niat kerana Allah, Allah akan datangkan banyak kebaikan buat kita. Nak explain tentang niat pun perlukan satu topik lagi. (rujuk hadis pertama dalam hadis 40). To know how important it is. :)

Saya remind juga pada diri saya sendiri. Nak kahwin jangan terlalu terpengaruh dengan desakkan orang melalui pertanyaan-pertanyaan mereka. Memang tidak dinafikan ramai classmate zaman sekolah dulu yang dah pun berumah tangga, dan ada juga terbaca caption-caption indah mereka yang seakan menyeru rakan-rakannya yang lain untuk berkahwin :D. Tapi itu normal la bagi mereka untuk menyatakan kebahagian yang mereka rasa...cuma nasihat saya berpada-pada.

Dan kepada orang sekeliling yang sangat gemar berstereotaip dan bergosip. Marilah sama-sama kita hadam tentang, “Jodoh pertemuan itu ditangan tuhan”. Kita tidak tahu sejauh mana seseorang itu berusaha, dari segi meluaskan lingkungan sosial mereka, proses memerbaiki diri dan sebagainya. Maka, hentikanlah gosip-gosip liar mahupun pertanyaan-pertanyaan yang boleh  mengakibatkan kemurungan. Kesian kat depa‘^_^
-
-
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(An-Nuur 24:26)

Sebenarnya, banyak ayat-ayat Allah dalam Al-Quran yang boleh jadi panduan buat kita.

Pesanan penting juga kepada diri sendiri dan sesiapa yang belum berkahwin, jagalah diri sebaikknya, jaga batas-batas pergaulan kita, maruah diri kita, jangan dekati perkara maksiat, perbaiki kekurangan diri, dan luangkanlah banyak masa untuk berdoa kepada Allah.

Akhir kata dari saya, maaf andai tersilap kata. Semoga kita semua peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.










Wonder of...


Assalammualaikum...
Ada kerja nak buat harini? Kalau ada...pegang bahu dan kata.
"Thanks for being productive today"

I'm still at home mencari gali ketenangan. (realitinya, give me any job to do please)

Harini saya nak cerita about this topic --> OCD & OCPD (Obsessive Compulsive Disorder & Obsessive Compulsive Personality Disorder)

I just wondering about this. How dangerous it? and how it affect people's life?
So, I do research sebab saya baru terbaca satu artikel dari someone yang share cerita tentang hidup dia bila mengalami symptoms ni.
It isn't kind of disease yang menyebabkan sakit pada fizikal tapi ia penyakit yang menganggu mental atau jiwa seseorang. Bahasa lainnya adalah psikologi abnormal.

First, secara ringkasnya orang yang ada kedua-dua jenis kecelaruan ni biasanya akan mengalami perasaan was-was dalam satu hal. Contohnya, bila cuci pinggan dia akan rasa tidak bersih walaupun dia sudah mencucinya berulang kali. fikiran mereka akan mendesak mereka untuk melakukannya berulang kali. Mereka akan sentiasa bimbang dengan sesuatu perkara. Ini bagi OCD.
Bagi OCPD pula, ia adalah rutin harian seseorang secara peribadinya. Contohnya, bila mereka mengalami rasa was-was (OCD) terutamanya dalam hal kebersihan, rutin harian mereka seperti mandi, mereka akan mengambil masa yang lama untuk memastikan diri mereka benar-benar bersih. Begitu juga dalam melakukan kerja-kerja mengemas rumah, mereka akan mementingkan keteraturan dan kekemasan semua benda dan ini akan mengganggu jadual masa dalam rutin harian mereka.

Dengan symptom2 macam ni, mereka akan lebih cenderung untuk mendapat masalah kemurungan, cepat letih, mudah marah, rasa kurang selesa dsb. Disebabkan depression ni juga, ia mungkin akan mengakibatkan masalah jiwa dan mental jika tidak dirawat.

Bila dengar ciri-ciri OCD & OCPD ni, terus cek diri sendiri haha.
Sebenarnya, I've to learn how to control my emotion je.
Tak tak, saya belum sampai ke tahap kecelaruan macam ni.
Tapi memang sometimes akan rasa ragu2 tapi not too much. Bila dah rasa satu pinggan berminyak atas rak pingan I'll recheck pinggan2 lain dan cuci kalau ada yang berminyak. Tapi rasanya ni sebagai common sense sebab takkan kita nak biarkan. Satu lagi benda yang annoying, bila tengah sakit tekak I will imagine a lot of bacteria are flying around me. Time tu la terbayang habuk2 kipas berterbangan, debu2 berlegar2 depan mata sampai rasa macam dah masuk berkumpul dalam tekak. Cuma rasa annoying and I just wearing mask, settle.

Tapi, walaupun rasa insecure sangat dengan habuk2, I prefer untuk kemas rumah than masak. Sebab kalau nak suruh masak, I need pembantu yang jadi tukang cuci segala pekakas masak yang dah diguna, kalau tidak I'll take time untuk cuci sambil memasak sebab tak boleh nampak bersepah dalam sinki (so, it caused my cooking will be overcook sebab I sibuk cuci besen2 dan segala bekas2 letak sayur, ikan dan sebagainya xD) but I'm not stress on it. Avoid dari rasa stress. Enjoy la my meals and someone tolong la kemas sinki when I'm cooking -_-.

And one more thing why I prefer untuk kemas rumah, sebab bila orang lain kemas rasa macam tak bersih terutama bab menyapu. Actually bersih je pun orang tu kemas cuma rasa nak puaskan diri sendiri. I'm so dengki dengan habuk, it is my musuk ketat forever.

So in conclusion, i just can advice sesiapa yang ada perasaan was-was dengan sesuatu yang dianggap tak logik atau rasa diri tu sentiasa berasa bimbang yang melampau, buat lah rawatan dan berjumpa dengan pakar.
Everything kita kena mula dengan pengawalan diri kita, cuba untuk mengawal emosi kita agar kita tidak dikawal olehnya. Enjoy your life with smile, don't be overstress or overthinking.

In this world tidak ada manusia yang meminta untuk sakit, penyakit macam ni juga bukanlah sesuatu yang diminta, boleh jadi itu ujian bagi mereka.
I've seen ramai yang struggle to survive from this disease. Be strong guys, hopefully you can fully recover and can enjoy your life without stress or depression. :)

I'm mumbling to myself



I’ve no specific reason to write this entry. Just want to open my eyes and accept what mistake I’ve done. 

First, apa makna persahabatan yang anda fikir? Pada pendapat anda, apakah makna persahabatan? (awat bunyi dah macam soalan esei 10 markah haha) ^.^’

Lets talk in bahasa yang santai. Jangan marah, kita bincang.
Ramai yang berimpian dan bercita-cita tinggi dengan ‘friendship goals’ mereka.

+ Travel sesameeee, makan minum sesameeee, kebulur sesameee, susah senang sesameeee, makan krepek pisang celah meja sesameee, everything they do it togetherrrrrr (sesameeeeeeeeeeee)

But, kadang benda macam ni tak valid dah kalau tak ada kesefahaman dan wujudnya keegoaan dalam diri masing-masing. Here is the point.

I’ve story, dulu-dulu aku ada kawan. (Not ‘dulu’ sangat la)
She was very close to me, sometime I thought I can do whatever for her. Do whatever she asked, ajak keluar malam-malam cari makan pun I can say “yes” to her even I’m super duper power rangers tired that time. Gigih turun teman dia. It isn’t kind of mengungkit kisah lama tapi nak bagitahu, it is what I suppose to do as a friend kan, put her situation in my shoes and feels her needs.

But the sadness things is, we’re finally in broken friendship. Maybe orang tak tahu effort aku nak save benda yang dah retak tu macam mana. I’m not going to blame her only. Senang cerita, I’ve ego and she have ego. Each other can’t understand each other. The moment I’ve problem yang besar gedabak atas kepala, yang aku tak boleh nak share dengan sesiapa, tapi pada masa yang sama juga I’ve to understand someone’s situation. Maka, di sinilah puncanya, kerana gagal memahami kesusahan yang dia hadapi di saat aku juga ditimpa kesusahan adalah faktor penceraian kami...eh bukan, pergolakan antara kami. Dia yang ingin difahami tetapi tidak menceritakan apa keperluannya lalu dia terasa hati kerana aku tak care. Aku pula terbawa pergi dengan masalah sendiri sehingga kurang perhatian dan tiada common sense untuk bertanya. Dan sampai sekarang aku sendiri tak habis fikir apakah kesudahan yang sebenar untuk kisah ini.

Orang kata, seribu kebaikan yang kita buat boleh terhapus dengan satu kesalahan (di mata manusia). Disebabkan hati aku pun dah tawar, I give up dengan usaha untuk memperbaiki hubungan bila semua usaha tidak berhasil. Then, I come out with my egoism. Jadi jangan bertanya bila aku mula ignore orang sebab hati sudah tawar setawar-tawarnya.

Even she can list down semua kesalahan aku pada dia, aku tak sampai hati nak list semua kesalahan dia sebab aku tahu akan jadi gaduh yang lagi besar. Walaupun banyak benda yang aku kecil hati dengan dia tapi sebab aku tak nak gaduh dengan kawan, aku telan semua. For me, biar la benda ni setel dengan elok dan dengan penuh kemaafan. Forgive and forget. Gaduh-gaduh adalah permainan budak-budak. Until now, I’m still waiting her to reply my message by saying; “yes, I forgive you”. Itulah ego aku yang aku dah turunkan serendahnya walaupun aku minta maaf tu pun melalui text message. Tapi aku still cuba. Orang ramai nasihat aku, jumpa la dia minta maaf depan-depan, peluk dia. Tapi ‘BILA’ adalah persoalannya.

Aku susah nak pujuk diri sendiri walaupun aku tahu apa yang terbaik.
Bila ingat balik apa yang Rasulullah hadapi sepanjang menyampaikan dakwah, hati baginda penuh dengan rasa kemaafan. Bertapa teruknya orang tu hina baginda, baginda tetap berbuat baik pada orang tu. (Kisah baginda Rasulullah menyuapkan makanan kepada pengemis yahudi buta yang selalu mencercanya).

Tapi untuk dia, segala kesahannya aku dah maafkan. Hari demi hari terfikir, macam mana semua ni akan berakhir bila dia dah cuba menjauh. Allahu, aku tak tahu sejauh mana kebencian dia pada aku sampai terus memutuskan hubungan komunikasi dan tak sanggup tunggu saatnya hati aku rasa untuk mengalah macam ni. (macam ayat novel dah kenapa?) #tengah_penuh_perasaan_ni.

Okay dah la, kita kembali kepada tajuk. Nak cerita kisah aku memang tak tahu bila nak habis sebab aku rasa benda ni belum habis dan aku pun belum habis fikir.

Tajuk tentang definisi persahabatan. So, dengan pengalaman aku, apa aku dapat simpulkan ialah, kesefahaman tu paling sangat-sangat teramat-amat penting even dalam any relationship sekalipun. Dalam rumah tangga, atau hubungan adik-beradik, you have to understand each other dan duduk depan-depan bawa bincang. Don’t jump into conclusion dan jangan mengharap orang untuk faham kita without telling any words. Benda ni semua aku dah rasa. Bertapa sakitnya sebuah pengharapan (perhh ayat aku).

Tapi, ada juga certain orang yang mempunyai common sense yang tinggi seakan dapat membaca fikiran kita tanpa kita beritahu apa masalah kita. Simpan orang macam ni, memang susah nak cari.

Ada juga jenis kawan yang bila susah baru nak cari kita. Haa yang ni sila pupus.
Selalu kita nampak orang buat quote yang indah-indah tentang persahabatan. Contohnya;


“Kawan adalah seseorang yang boleh memahami kita dalam diam”

“Kawan adalah seseorang yang ada saat kita susah dan senang”

“Kawan adalah seseorang yang sentiasa ada masa untuk kita”

Jangan terlalu terpengaruh dengan ayat-ayat macam ni sampai kita tidak dapat menerima kenyataan kalau kawan kita tidak seperti itu. Fitrahnya memang kita inginkan keindahan tersebut tetapi realitinya agak susah. Jadi janganlah kita meletakkan harapan yang tinggi dalam sesebuah persahabatan sebab nanti bila kecewa, sakitnya yang amat. Dan berbaliklah kepada ‘kesefahaman’ supaya isu-isu terasa hati tidak berlaku. (tak tahu la benda ni sampai ke tak kat korang, aku bedal cakap je apa otak aku cakap) ‘-_-

Tapiiii, aku respect pendapat orang pasal persahabatan. Semua ada pendapat yang berbeza. Macam pendapat dari dua ketul adik aku ni bila aku tanya diorang.


“Maksud persahabatan bagi aku ialah sahabat itu umpama tangan yang membantu diri aku untuk terus bangkit walaupun sering jatuh beberapa kali...dan bagi aku sahabat yang baik dan soleh ialah sahabat yang mengajak kita untuk mengenal tikar sejadah.” – Luqman Zolkibli–

#Aku ingat budak ni nak bagi jawapan poyo tapi mashallah, sungguh mendalam kata-katanya.


“Sahabat adalah peneman (tapi belum tentu ada semasa susah atau senang. Kadang kita tengah susah dia pulak tengah cirit kat tandas). Kawan pula bukan bererti sahabat. Kawan hanyalah kenalan yang kita kenal tidak kira lama atau baru kenal. Kawan juga boleh jadi siput, anjing, ba**, atau setan. Sebagai kawan, kita perlu membawa mereka lari daripada tergolong dalam kumpulan itu. Barulah anda boleh diiktiraf sebagai sahabat susah senang sama-sama di dunia dan ingin bersama senang di akhirat” – Daya Zolkibli –

#Hahaha...boleh tahan padu.

Bagi aku pula, kawan ni memang yang ada saat kita susah dan senang. Tapi, mereka tidak akan hadir seperti malaikat atau ibu peri dan bukanlah ahli sihir yang mampu membaca hati dan fikiran orang lain dengan bebola Kristal ajaib. Kalau kita betul-betul memerlukan bantuan, beritahu pada sahabat kita dan jangan diam then terasa hati sebab tak semua manusia ada common sense. Ada masanya, kita perlu faham situasi sahabat kita. Kesusahan hidup dia, keadaan kewangan dia, keadaan keluarga dia macam mana dan sebagainya. Then, harus saling menegur dengan cara yang berhemah. Kena ingat! manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, selagi kita rasa takut untuk menegur silap kawan kita, kita belum layak menjadi kawan (pentingkan diri sebab nak masuk syurga sorang-sorang). Lastly, kawan yang terbaik adalah yang boleh terima kelemahan dan kelebihan kita and very supportive. DONE!
Aku nak nasihat diri aku dari apa yang berlaku.

+ Jaga setiap apa yang kita cakap. Mungkin bagi kita benda tu normal, but it means differently for others. (pentafsiran yang berbeza)

+ Tengok diri kita dulu sebelum menunding jari keatas kesalahan-kesalahan orang lain.

+ Jangan ego tinggi sangat wahai nurliyana zolkibli...... mengalahlah sebelum terlambat. One day...okay...one day...when tomorrow comes. (I’ve my ego but I care when I know, don’t stay silent!!)

Kbai...

Fiction in my bucket list


Assalammualaikum...
Rather than thinking about others problem, I'd better run my life with my desire.
Oyemjiiii...my fiction collection ain't finished yet.
Ada 5 fiction tapi baru siap dua.

Tak boleh sembang nak buat cuti ni kerana itu adalah angan-angan yang nyata angan-angan. Its very short time I've though dan tak sangka pengakhiran zaman kampus ni akan bagi aku bawa balik benda yang unexpected to happen.
Tengok tu, terfikir lagi -_-
Tak guna la nak fikir, makin hari makin stress nak fikir.
Just wanna let you know that I love you. Get well soon, please be happy, smiling as before, may Allah always make you strong.

Ok, lets talk about my fiction even its not important for you but its very important for me.
# Yesterday he died (Complete)
# Way back home (Ongoing)
# The last present (Not start yet)
# You're not different (Not start yet)
My friends across the river (Not start yet)
Extra : # Dear diary (Ongoing)
Taraaaa!!! boleh click the link to read yang dah complete.
Itu saja. tak boleh lebih-lebih nanti semua tak jadi. Now, just done plotting everything nanti dah siap, I'll post at my Fanfic blog.

Ada one of my story yang rasa nak give up sebab dah tak ada idea nak teruskan. Sekarang baru siap 3 chapter daripada 5 chapter. Anyone nak sambung cerita ni? I nak let go. Semua cerita in malay version sebab slice of life kena tulis dengan penuh perasaan. Kalau sebelum ni cerita love story, I use to write in english sebab ayat malay nampak sangat mengada-mengada and I don't like it. Hahah end up, I stop to write that genre.

Ok now, rasa nak intro plot story. Sis ni macam tak ada kerja kan, dah la lusa exam.
Jangan risau, sis dah study cuma belum habis. ^_^'
:D...dan jangan risau juga, plot ni dah lama dibuat, just copy and paste here to share. Plot ni sis tulis bahasa mix ada plot malay and ada plot english sebab mood tulis plot masa tu berubah-ubah haha, but the story is totally in bahasa melayu tercinta.

...............

# Yesterday he died
Casts : Do Kyungsoo & Kang Ha Neul
Genre : Slice of life, Friendship, Family
Song : Best Friend by UNIQ

Do Kyungsoo is the one and only son living with his mother. They have an ordinary life. Kyungsoo always being bullied at his school. His mother always get mad with him when he return home with scar on his face and whole body. He thought, his mother never love and cares about him because his mother still blamed him for the death of his father.
Kang Ha Neul is a new student at his school. The presence of Ha Neul totally changed his life. They being a close friend, Kyungsoo felt protected and being more motivated. But at the end, its going so bad. Ha Neul was killed by the student who always bullied Kyungsoo. Kyungsoo unable to share his happiness at the end of Ha Neul's death, Ha Neul died on his lap.

# Way back home
Casts : Jung il Woo, Jung il Hoon & Yook Sung Jae
Genre : Slice of life, Family, Friend, Dreams
Song : Way Back Home by BTOB

Jung il Woo is Jung il Hoon's brother, they are only two sibling. They live in a problematic family where their father failed in his business while their mother is someone who desire to live in high class standard life. When their father bankrupt in the business, their parents getting to have divorce.
il Hoon is the only who saw what happened to his parents while his brother, il woo is currently working in aboard as a doctor. il Hoon got so much depression with his family's situation. He plan to run from his home and leaving his school. He go somewhere that he never being there. He walks alone along the beach but suddenly, he saw a women age around 48 years old walking towards the sea. il Hoon, not expect anything but actually she want to commit suicide. Once he realize it, he run to save that women, then, the women's son, Yook Sung Jae comes running towards them. il Hoon help Sung Jae to brings up his mother to home. Sung Jae told everything to il Hoon and they start to share about each other situation. il Hoon realize how strong Sung Jae can keep living in that kind of life. Sung Jae run a business of dried squid in his village. il Hoon ask permission to live there for a few days before he return home with a new hopes and big dreams.

# The last present
Cast : Kim Bum & Jang Dong Yoon
Genre : Slice of life, Family, Action, Humanity
Song : (Not Yet)

Setelah Kim Bum ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya. Hidupnya sangat tersiksa sehinggalah dia akhirnya dijumpai oleh seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an iaitu merupakan ketua samseng yang mengawal seluruh daerah Hanyang. Lelaki itu juga merupakan antara orang yang sangat berkuasa serta giat menjalankan aktiviti haram seperti penyeludupan dadah dan perjudian. Kim Bum diambil sebagai anak angkat lelaki itu dan dia dijaga sejak berusia 8 tahun sehingga kini berusia 23 tahun. 
Apabila ayah angkatnya semakin tua dan tidak mampu untuk meneruskan segala kegiatannya, Kim Bum pula secara tidak langsung dilatih untuk mengambil alih tempatnya. Lelaki itu sangat yakin dengan jiwa serta kebolehan yang dimiliki Kim Bum. Namun apakah pengakhiran hidup Kim Bum apabila disahkan menghidap penyakit hati kronik. Pertemuannya dengan Jang Dong Yoon iaitu seorang pelajar sekolah yang menjadi mangsa orang bawahannya, telah merubah pemikirannya terhadap apa yang dilakukan selama ini dan dia berhasrat untuk menebus segala kesalahan sebelum akhir hayatnya.

# You're not different
Cast : Kim Ji Soo, Nam Da Reum & Cho Eun Hyung
Genre : Slice of life, Family, Dream
Song : (Not Yet)

Kisah tentang seorang pemuda (Kim Ji Soo) yang tinggal bersama dua orang adiknya (Nam Da Reum & Cho Eun Hyung) serta ibunya yang lumpuh. Ji Soo merupakan anak sulung dan berhenti sekolah untuk mencari sumber pendapatan. Salah seorang adiknya (Cho Eun Hyung) bisu dan cacat penglihatan. Ji Soo harus memberikan sepenuh perhatian terhadap kedua adiknya.

# My friend across the river
Cast : Kim Taehyung, Kim Seok-jin & Jeon Jungkook
Genre : Slice of life, Friendship.
Song : (Not Yet)

Kim Taehyung suffer with brain tumor. His bestfriend, Jeon Jungkook and Kim Seokjin don’t even know about his condition. He uses to survive alone until he finally can’t be strong anymore. Jungkook and Seokjin find out about that and they quite upset with his action. Taehyung don’t have much time because his condition is too critical. He have a wish where he wanted to go to a one beautiful village that placed across the river. Jungkook and Seokjin brings him there to fulfill his hope.

Extra : # Dear diary
Cast : Do Ji Han 
Genre : Slice of life, Dreams
Song : (Not Yet)

Do Ji Han seorang yang gemar mengembara seorang diri. Dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kakinya terus berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain. Setiap detik pengembaraannya akan dicatat dalam sebuah diari miliknya. Di setiap akhir catatannya, dia akan catat “I'm here, but again, you are not here”. Cerita ini sepenuhnya menunjukkan diari kisah pengembaraan Ji Han sehingga diari itu tidak lagi ditulis buat selama-lamanya.

...............

Ok, thats all ^_^ Selamat mereput menunggu cerita-cerita ini siap.

Contact Form