Dah selesai satu paper!!

8:16 AM


Assalammualaikum....
Tiba-tiba blogging sebab nak cakap pasal benda ni saja. "I've finished one paper!!"

Baru tweet semalam sebab syndrom tu dah menjadi-jadi kat aku. But like finally, harini selesai.
That is what happened to one of my TS friend yang lambat start paper hehe
/*senyum senget*\
Dia punya excited tu la syndrom namanya. I feel you, jangan risau...

Next paper aku hari khamis. Masih belum boleh bersenang lenang, duduk tengok MLM sambil layan potato chips. Tak boleh....tak boleh...
First paper have taught me everything about my knowledge.
Kita biasa dengar students nowadays, "Study untuk jawab exam, bukan untuk pengetahuan".
Remind 200 juta kali pada diri, insaf pun 200 juta kali. Maknanya, memang dah sifat yang liat sangat nak ubah. Study-study, then jawab exam...few months lepastu bila ditanya dah lupa. -_-
Sebenarnya first paper ni aku saja nak buat kajian ke atas knowledge diri sendiri.
/*mata ke atas*\ #Kalau malas cakap malas#
Haha, first paper juga la jadi mangsa.
But I end it well dengan jayanya even not 100% satisfy.

Aku tak letak full effort dekat paper International trade ni sebab aku tak minat nak talk pasal economies setelah lama dia menyiksa otak aku suatu ketika dahulu. So, aku just read dan faham the basic things yang aku belajar masa form 6. Sebab aku dah tahu soalan tu mesti akan tanya tentang opinion. So, yes...the question be like;
"In your opinion, what policy should be used based on Malaysia's economic situation. Export Led Economy or Import Substitute Economy?"
Something like that...
Jadi the basic knowledge mesti la kita kena tahu what is import and what is export right. Jadi begitulah kajian terhadap pengetahuan yang aku buat. Bebel je apa-apa pasal kebaikan export & import pada negara. Kalau soalan opinion ni, kita jawab mana-mana antara dua pilihan tu pun dah boleh dapat markah sebab opinion kita...cuma alasan tu kena munasabah. Tapi, soalan opinion macam ni je pun dah 25 markah, terpaksa la aku membebel dua muka surat.

Cuma, last question tanya pasal Theory yang memang ada dalam buku. Tapi aku tak pernah terbaca pun theory ni dalam buku. Atau aku memang tak nampak, mata telah dikaburi. haha
Soalannya tanya "How Porter Diamon Theory can analyze rise of Samsung". Aku jawab je la ikut pemahaman theory yang aku tahu, asal ada. Then, balik rumah je, aku pun menggoogle untuk gain knowledge la kononnya xD. Benda yang kita rasa curious ni selalunya boleh melekat kat kepala dalam tempoh yang agak lama. Kannn...

Ha dah, kita tutup kisah soalan tu. Nak cakap jugak pasal study last minit. Isu masih related dengan ayat yang aku bold kat atas tu. Selalunya yang study untuk jawab exam semata-mata ni, macam ni la dia penyakit yang datang (study last minit). Dan aku masih mengekalkan budaya itu tapi last minit aku bukanlah yang beberapa minit sebelum masuk dewan exam baru nak tengok nota. Last minit aku, one days before exam baru nak struggle.  
Amaran : Jangan tiru gaya ini kalau tak kena dengan otak anda. ^_^

Study last minit yang aku tak amalkan ialah bila beberapa minit nak masuk dewan exam.
Tapi masa ni la kita jumpa students yang bercakap-cakap sambil tengok langit, tengok pokok, tengok semut2 bawa makanan. Semua sungguh-sungguh duk menghafal.
Orang mungkin ada cara mereka sendiri, tapi aku memang tak boleh. Bila aku bukak nota pada masa-masa tu, maka minda aku akan tersekat untuk ingat apa yang aku baru baca sampai lupa semua yang aku dah baca sebelumnya. Macam tu la dia ceritanya.

Jadi kesimpulannya, jagan ikut gaya aku kalau tak mampu. Study la awal2 untuk tambah ilmu bukan untuk dimuntahkan ke dewan exam semata-mata. Ok, ni yang ke 200,000,001 kali aku ingatkan diri sendiri.

But anyways, I need to study for next paper....

Thanks For Yor Comment

0 comments

Contact Form