Kita bukan pemula mahupun pengakhir, tetapi kita adalah penyambung.

Assalammualaikum,

Hari jumaat yang barakah.
Dilimpahi rahmat. Hari ini juga kita telah kehilangan seorang permata ummah, TG Dato' Dr. Haron Din. Al-fatihah...

Kehilangan demi kehilangan kita telah rasakan sekarang di saat dunia semakin tenat. Siapakah lagi penyambung para ulama? Siapa lagi? Justeru, kitalah anak muda yang harus belajar.

Ini juga satu peringatan buat kita bahawa tidak ada masa lagi untuk kita bermain-main dengan dunia. Sampai bila kita nak sibuk dengan perkara dunia yang tidak mendatangkan faedah?

Ambilah sedikit masa untuk kita berfikir. Mungkin kita akan kata. 'Nanti'.....'tak apa'....dan banyak alasan lagi.
Mungkin ada juga yang merasakan bahawa tugas sebagai da'ie bukanlah tugas mereka sehingga ada yang mengatakan "aku bukan da'ie". Mereka telah berstereotaip bahawa, yang da'ie adalah mereka yang ber title ustaz, ustazah, yang bertudung labuh, yang bersongkok kopiah dan sebagainya. Walupun kita tidak ada daya keupayaan untuk berdakwah tapi berakhlak baiklah kerana itu juga sebahagian dari dakwah.

Jangan kita biasakan diri kita mengatakan...'bosan' bila seharian tidak ada aktiviti untuk dilakukan.
Tidak ada sedikit masa untuk kita berasa bosan apabila kita memikirkan tentang keadaan ummah.
Janganlah kita sibuk mencemburui kehidupan orang lain yang memiliki kesenangan hidup dunia.
Cemburulah dengan mereka yang berilmu, mempunyai akhlak yang tinggi, yang kuat hatinya, yang teguh imannya, yang hebat hafalannya. Cemburulah dan berusaha untuk menjadi seperti mereka.

Tidak juga kita merasa rugi apabila kita berkorban untuk membantu agama Allah. Tidak  menjadi baik seperti alim ulama pun cubalah untuk menjadi yang lebih baik dari diri kita sebelumnya. Jika kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.

Intansurullah, yansurukum

Movie night with Train to Busan

\\Assalammualaikum//

Masih bernafas, alhamdulillah...
Sejak kembali ke rumah kedua ni. Blog mula terabai.
Part time blogger yang dah tak boleh nak jadi part time sangat sebab assignment mula bertimbun.
Movie2 jangan cerita dengan aku sebab aku dah kurang nak update. Tapi disebabkan Train to Busan ni dah viral sangat. Maka dirri yinni tak dapat melarikan perasaan untuk menonton bersama popcorn-popcorn.


Kisahnya, bila tiket-tiket wayang menjadi gambar terhangat di kaca telefon, maka...I won't decide to watch it in cinema. Sanggup menanti biarpun lama untuk diupload dalam website. At least, dapat jimat duit untuk makan seminggu, like one ringgit per day...yoyo or je.

Second day after hari raya aidiladha. Geng hakak2 macho ni pun stay satu rumah yang menjadi markas pengumpulan fosil-fosil khazanah alam. Sorang dah setel dapatkan cerita Train to Busan. Sorang provides laptop yang berscreen besar walaupun tak sebesar panggung wayang. And the rest, sedia air teh dan makanan untuk dibaling bila terkejut, eh untuk dimakan bila lapar. Movie night mood on.

Its doesn't matter if you guys nak tengok movie dekat pawagam tapi jangan tengok dengan pakwe makwe. Cerita-cerita macam ni perlukan sahabat-sahabat yang kuat, kuat lempang kita bila kita terjerit-jerit tak ingat Tuhan. Alhamdulillah, tak ada lagi sahabat-sahabat aku yang jenis meroyan tengok cerita-cerita seram. Paling-paling pun buat-buat tidur bila datang part seram.

Then, bezanya tengok movie dengan sahabat dekat pawagam dengan tengok di rumah it is about bonding. Dan pada akhirnya, turn off the laptop, turn on the lamp and talk about ibrah. Lepas tengok Train to Busan dengan geng hakak macho hati sado kesayangan ni. I conclude, this story is all about 'Pengorbanan'. Banyak jenis manusia yang kita akan jumpa dalam cerita ni antaranya, ada manusia yang pentingkan diri sendiri, kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya, hubungan antara adik beradik dan ada juga yang sanggup korbankan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain....8 bintang.
How you willing to lose something for something better. Same goes like when Allah asked you to leave vices to attain Paradise.

Contact Form