Merdeka is....


Assalammualakum....

"To be a good person, we cannot wait to be a perfect person because we will never be perfect"
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-59 tahun buat Negara Malaysia. Pertama sekali saya nak cakap tentang maksud asal merdeka suatu ketika dahulu.

Bagi datuk nenek moyang kita dulu.... Merdeka is the day of freedom dimana mereka telah bebas daripada penindasan dan penjajahan kuasa barat. Its something like happy ending of the story. Hari yang sangat bermakna buat mereka, Untuk berterima kasih kepada Tuhan, serta menghargai perjuangan askar-askar dan tokoh-tokoh yang telah memperjuangkan tanah air. Mereka meletakkan sepenuhnya usaha demi keamanan negara. That is Merdeka!!

But today....
The meaning is quite different because of the situation of our country.

Pada zahirnya kita memang nampak negara kita super aman....tak ada bunyi bom dan bunyi tembak sana sini within 24 hours. Tapi pada hakikatnya, jiwa generasi muda sedang diserang dan dijajah. secara umum kita sentuh dulu aspek kesatuan.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. Al-Imran (3:103)

Di dalam media sosial, perang mulut almost everyday, sana sini bahas soal politik, soal khilaf orang lain, soal aib orang lain....berkata guna hati dengan meletakkan akal pada aras yang bawah. Iaitu, menggunakan kata-kata yang kesat untuk melebel kejahatan orang lain.

Rasa malu bila baca semua perbahasan anak muda, orang tua dan pelbagai peringkat usia yang menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya melambangkan perpaduan.

Berdakwah juga ada caranya. Kalau niat untuk menegur antara satu sama lain, haruslah dengan cara yang berhikmah. Sepertimana Allah telah berfirman di dalam surah Al-Nahl (16:125) .

Pelbagai isu-isu yang saya malas nak komen. Di luar alam maya pula, bagi saya demo secara aman tak menjadi satu kesalahan untuk rakyat menyatakan satu persatu pendapat dengan teliti, hujah yang padu dan meyakinkan agar mesej sampai dengan baik dan tidak menimbulkan kekecohan sehingga menggangu ketenteraman awam.

Jadi, nak kata merdeka yang sebenar,...masing-masing kena ada kesefahaman dan peradaban. Memang agak mustahil untuk guna ayat ini pada realitinya kerana manusia ni kita tak dapat kawal jiwa mereka melainkan manusia itu sendiri yang harus sedar.

Others thought, let me keeps it...lagi panjang jadinya.

Baiklah, dari aspek sosial pula jelas jiwa generasi muda masih dalam jajahan. Hiburan itu tak salah. Go on, nak layan lagu apa pun selagi akidah kita masih tetap terjaga. Yang merosakkan adalah, bila adat dan gaya negara luar dibawa masuk sehingga menjadi ikutan masyarakat kita. Dari segi gaya bahasa, pemakaian, attitude etc.

Media sekarang sangat bermain peranan bila pelbagai hiburan ditayangkan tanpa sekatan. Terus terang saya cakap, ada saja sesetengah cerita melayu yang seakan cerita barat, kurang moral of the story. Cerita berkisahkan cinta lebih banyak disuapkan kepada generasi muda. Secara tak langsung ini menjadi ikutan sehingga mereka yang muslim lupa akan hak Allah.

Kemerdekaan yang sebenar adalah apabila negara itu benar-benar bebas dari jenayah dan salah laku sosial, rakyat hidup dengan jiwa yang tenang dan hati yang tidak dikotori dengan perkara maksiat. Jenayah boleh dikurangkan jika rakyat hidup dalam perlembagaan...Islam adalah agama rasmi negara, maka rakyat yang beragama islam harus faham bagaimana agama mereka. Pemimpin juga harus bersikap amanah dan tidak hidup dalam kemewahan sedang masih ada rakyat yang dalam kefakiran. Harus ada pemimpin yang menjadi qudwah hassanah.

Banyak lagi yang baik kita boleh fikir...
Saya juga mengaku sedang dijajah dengan bahasa english dalam penulisan dan tidak menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
Saya minta maaf jika ingin kecam pada point itu.
Kalau untuk itu, saya hanya ingin menyampai dengan santai.

Kesimpulannya, bagi saya sekarang, merdeka yang saya sambut pada hari ini; Merdeka is the day to commemorate the moments of  country's freedom from oppression. Thankful to Allah is must everyday because we still can breath in this country without any life-threatening.

Contact Form