Tujuan Manusia Diciptakan


|| Assalammualaikum ||

Kenapa tajuk harini?

Aku sebenarnya saja nak cari pengisian.
Cara aku cari pengisian adalah dengan menulis.

Ok..berbalik pada tajuk utama kita...Kenapa manusia diciptakan?
semua kita tahu dan sudah pasti boleh menjawab dengan mudah.

"untuk beribadah"

betul kan...ke ada jawapan lain?
Sebenarnya tidak semua mampu menjawab sebab manusia tak semuanya tahu.
Cuba tanya Bill Gate, dia tahu ke kenapa dia diciptakan?
Cuba tanya Obama, dia tahu ke kenapa dia diciptakan?

Cuba kita tanya, kenapa pensel diciptakan,
Kenapa pintu diciptakan, kenapa kereta diciptakan dan kenapa rumah diciptakan.
Rasanya, kalau soalan macam ni keluar exam PhD...satu dunia boleh dapat PhD.

Jadi, tak semua manusia di muka bumi ini tahu dan sedar kenapa diri mereka diciptakan.

Jelas Allah sudah berfirman di dalam Al Quran; Surah az-Zariyat ayat 56,
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
Sangat jelas, Allah menyatakan tujuan manusia itu diciptakan...semata untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Ada saja manusia yang sibuk bekerja, pagi petang siang malam, mencari nafakah tapi mereka lupa dan lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
Ada pula pelajar yang tidak putus-putus dengan assignment dia, sibuk memikirkan final exam, belajar sini sana...tapi leka dari mengingati Allah s.w.t.

Sebab itulah tujuannya kita hendaklah mengisi jiwa kita dengan zikir agar hati kuat mengingati Allah. Walau dalam situasi apa sekalipun kita pasti mengingati Allah.

InsyaAllah...
Apa yang penting dari sekarang kita mesti sedar tujuan kita hidup di atas muka bumi ini. Dunia ini tidak kekal lama, Akhirat adalah alam yangkekal buat selama-lamanya. Maka, dekat dunia ni lah kita harus perbanyakkan amalan dan bekalan untuk kebahagian kita di akhirat kelak.

InsyaAllah...wallahualam..

Dunia atau manusia yang tenat?

  
|| Assalammualaikum ||

Rasa macam sekejap masa ni bergerak...gap antara maghrib dengan isyak pun dah tak terasa lama, kadang waktu antara zohor dan asar pun kita rasa tak ada masa nak buat banyak benda. Ke.... perasaan aku sorang je.

Tak kisah la perasaan siapa, yang penting kita memang dah tahu dunia ni dah semakin tenat. Banyak benda yang berlaku di luar jangkaan kita. Kadang nampak benda tu baik tapi rupanya buruk. Tah la, kadang rasa nak buat pilihan pun susah. Bukan memilih sangat, tapi hati ni saja je nak ada kehendak sendiri. Tengok dunia yang makin hari makin banyak dugaan ni, buat diri rasa serbasalah nak fikir tentang hidup sendiri, lagi-lagi tentang perasaan. hah hamboi ceq kak kalau dah dapat bercakap, mood dia dah jadi lain..hohohoh
Apa yang penting kita kena ingat, baik atau buruk perkara yang datang pada kita percayalah itulah yang terbaik dari Allah. Itu penting kita kena ingat....

Ok, berbalik kepada soal dunia. Sepertimana yang kita tahu tentang isu ISIS, Paris, Syria, dll lagi. Banyak juga membuka mata masyarakat untuk mengambil berat tentang agama sendiri. Yerkeee keee...

Ada yang sangat concern dengan isu ni, dan ada juga yang hanya mampu jadi keyboard worrior duduk atas katil kunyah chipsmore. Takpe2 jangan persoalkan usaha sesiapa...tengok balik diri kita. Mungkin kita ada yang lebih upgrade...kunyah kacang dal ke, burger 3 tingkat ke, ke pisang goreng cheese tabur...siapa sedar. Kadang kita pun tak sedar apa kita buat.

Kita lihat pada diri kita...
Betul ke jiwa kita sayangkan islam...atau perasaan itu hanya wujud kerana perasaan belas kasihan atau benar-benar wujud kerana iman.

Bagaimana pandangan iman manusia?
Manusia itu sendiri yang dapat rasa,
Bila hati terdetik lebih mengigati Allah, lebih usaha untuk berubah, dan sedar...masyarakat islam sekarang yang lebih tenat.
Bukan dari segi fizikal sahaja malah juga mental.

Ada seorang hamba Allah muslim berkata;
"Walaupun saya tidak bertudung tetapi Allah tetap memberi rezeki buat saya"
Boleh diterima ke alasan seperti ini?
Tepuk dada tanya iman. Dengan yakinnya dia berkata di khalayak ramai. Memang agak sedih.
Kita nak cerita isu-isu muslim tidak menutup aurat, muslim atas nama, dsb memang sampai ke sudah sama saja. Alasan untuk semua ni ialah "Manusia ada hak mereka sendiri".
Ya...hak, tapi mereka tidak melaksanakan hak Allah..

"Mungkin mereka sendiri boleh fikir sebab dah cukup dewasa..."

tapi...dewasa mereka tampa bimbingan,
itu pula tugas manusia yang celik akalnya, untuk memberi peringatan.

Kenapa boikot israel kalau masih makan makanan buatan israel...

"Mana ada, eh..MacD Malaysia sepenuhnya dikendalikan oleh Malaysia"

Memanglah, orang yang tak berilmu boleh diperkotak katikkan walaupun yang dah katik makin katik...
Sebenarnya, dari mana mereka dapatkan jenama MacD tu kalau bukan proses perniagaan antara franchiser dan franchisee. Nak guna jenama tu bukan free, perlu di bayar dan dengan siapa mereka bayar?. Ahaa...kalau free, dah lama aku bukak KFC, MacD, Pizza Domino dan macam2 lagi kat sebelah rumah aku, konpem laku.

Jadi ini sama juga dengan muslim yang kata sayangkan islam tapi taknak hidup cara islam.
Apa yang membezakan muslim dengan orang kafir adalah cara hidup mereka.

"InsyaAllah, sampai masanya nanti saya bertudung"

Dah pakai tudung...tapi ikat lilit kat leher, tudung tak lepas dada, baju sarung nangka.

"Nak berubah kan slow2"

Baiklah take your time, semoga hari esok masih ada buatmu...
//deep ni deep//

Dan sebenarnya apa yang kita rasa lagi tenat sekarang ni ialah;
Apa yang akan jadi dengan negara kita beberapa tahun akan datang?
Sedangkan kita tahu udang kat belakang batu tu tapi buat-buat tak nampak, masih tak percaya tu udang, tetap nak kata tu ayam. -_- //aku pun tak paham

#tolakTPP
wasalam...

Contact Form