Jangan guna 'doh' untuk nampak 'doh'


|| Assalammualaikum ||

Alhamdulillah untuk hari ini,
Masih diberi kekuatan dan nikmat.

Apa yang kita nak cerita hari ni adalah tentang 'teens' nowadays.
kadang tak yah nak kata 'teens', benda macam ni pun dah jadi trendzzz dalam kalangan 'kids'
Sebelum tu, kita kena fahamkan dulu tajuk dan maksud tersirat dari tajuk tu.

'doh'

apa tu 'doh'?

tepung 'doh' yang orang guna buat donat ke?

Dalam konteks ini, 'doh' adalah singkatan bagi kata 'bodoh' -sumber rujukan boboi-

Orang sekarang dah buat benda ni jadi slang tau.

"Perhhhh!! cantekk doh"

"hey doh, jom lepak minum abc"

"wei doh, aku tak boleh balik lambat doh, nanti mak aku bising doh"

hamek kau double triple 'doh'

Aku sebenarnya rasa bersalah jugak nak taip perkataan 'bodoh' ni.
Tapi budak  remaja mahupun kanak-kanak, dengan selamba badak je boleh cakap benda ni.
Oh ok, even mereka boleh bahas nanti.

"Ala takde makne kot...'doh' je pun"

Ok takpe,..suara anak muda harus didengar.
lepas dengar orang yang jawab macam ni...bak mai cili.

"Alaaa...orang sabah tu cakap 'bah' tak pulak ko nak bising"

hahah, k siyes...
memang ada yang kata orang sabah ni penyebab banjir kat kelantan sebab diorang sebut-sebut 'bah'

bah tu kalau pemahaman orang west ialah banjir.

Aku dengar diorang buat statement macam ni, rasa kelakar...
Musibah tu kan ujian dari Allah, kenapa nak salahkan pihak yang tak ada kaitan. Fikir matang sikit.

Eh, rasa terlari tajuk pulak.
Balik pada topik kita.
Straight to the point...
kenapa aku kata "jangan guna 'doh' untuk nampak 'doh'."
Harap boleh faham la apa yang tersirat.

kalau nak ikutkan.
Kita tahu bahasa ni adalah baru dalam dunia malaysia, atau lebih pedih nak disebut adalah baru dalam alam melayu...nak lagi pedih, benda yang tak baik di mata islam.

Orang tu sumpah orang lain 'doh'...mana baiknya?

sekarang benda yang tak baik disebut, dah tak jadi masalah nak disebut.

Ya...mungkin segelintir orang boleh terima dan kata,

"ala takpe la. Zaman dah berubah...diorang bukan niat pun nak kata kita bodoh"

Baiklah, dah awak kata takpe. saya cuma nak nasihatkan je.

Kalau orang panggil kita doh, curious tak nak tahu apa maknanya?

|| berkata sesuatu tanpa ada maksudnya, umpama mencurah garam ke dalam laut ||

Atas ni quote aku buat sendiri.
Maknanya, mereka berkata sesuatu yang sia-sia tanpa ada makna.

Kalau awak kata tak apa, dan awak tak kisah dengan penggunaan 'doh' sebagai slang
boleh tak aku nak tambah slang yang mungkin takde yang kisah pun sebab mereka tak kisah dengan maknanya, mereka utamakan slang dan trend...
so, kalau slang macam ni jadi trend orang pun tak kisah...

"eh 'etan'...fuyoo, cantek giler 'etan'."

"weh 'ial'....jom keluar, aku belanja roti john"

"giler la ko 'hanam'....kereta baru tu. weh, aku pinjam kejap 'hanam'

Aku bukan apa, cuma risau dengan pelbagai pembaharuan yang berlaku dalam dunia akhir zaman ni. Banyak benda yang tak baik tapi diterima umum. Pelik tak abis2 sampai ke anak cucu.

Aku tak tahu la, kalau nak bandingkan bahasa budak2 dulu dengan sekarang, memang....memang
aku pun tak tahu..hah
tapi yang aku tahu, mak aku dulu...paling pantang kalau kitaorang sebut ayat-ayat macam tu.
kalau tak lada cili, lada boh yang siap bland tu ditonyoh kat mulut.

So nasihat kat sini, bukan nak kata, korang bodoh sebab guna ayat 'doh'.
cuma kena ingat, apa yang kita cakap kat orang, itulah cerminan buat diri kita. Kalau kata dia 'doh'..'doh la jugak kita.
kata-kata tu pun satu doa.

Pernah dengar tak? kalau kita doakan sahabat kita, malaikat akan mendoakan yang sama untuk diri kita.
Doa yang baik2 utuk sahabat, InsyaAllah, baiklah untuk kita.

Itu saja perbincangan kita, mana yang tak boleh terima, kususun 20 jari mohon maaf andai terkasar bahasa. takut terover acting. heh2

Aku bukan penghukum, aku hanyalah seorang pemikir...
dan hanya Allah yang maha mengetahui segala-galanya...yang tersirat mahupun tersurat.

wassalam,...

‘Kesimpulannya’ , itu penting



Assalammualaikum..

//Entri yang terakhir untuk hari ini//

Ni ialah kesinambungan dari entri sebelum ni, bukan nak kata hati dan otak aku dah sihat.
Itu mustahil untuk beberapa minit sahaja. Perlukan masa..
Ya, tahu...
Bukan esok, bukan lusa, bukan minggu depan or bukan tahun depan.
Ia adalah sekarang.
Tapi untuk malam ni aku decided nak update 3 entri. Bukan untuk kepentingan sesiapa. Memang tak ada sama sekali. Kalau dapat pengajaran pun Alhamdulillah, hati masih dalam pembaikan.

Baiklah...
Entri ni just want to share the story of my hari raya day.
Cemburu...
Jeles! siapa tak cemburu? tengok orang beraya kat kampung, jumpa sanak saudara,main bunga api, main bunga raya, bunga taik ayam, main taik ayam...dan macam2 lagi.

Ayah kata...
“ini la bahana facebook, nampak orang post ni, cemburu!, post tu, cemburu!, Bagi la hati tu pencen dengan benda tu, buat benda berfaedah”

#sentap

Bukan apa, memang rasa sedih bila nampak mereka gembira beraya satu keluarga, bergambar dari generasi satu sampai sepuluh’ sebelas generasi...
Tapi aku macam mana? Generasi keberapa pun aku tak tahu.
Dengan sepupu sendiri pun rasa awkward, jumpa duk sebelah-sebelah, sini sengeh ke kanan, yang situ sengeh ke kiri. I can’t feel the bond. The sillaturahim...
Kalau dah sengeh2 macam ni, nak salahkan siapa? Pihak pengurusan yang tak bagi ayah aku pindah ke semenanjung ke? Yang dah hampir 25 tahun berkhidmat kat seberang laut cina selatan ni. Sampai setahun sekali je dapat balik and sometimes, dua tahun sekali...sampai atuk meninggal pun tak dapat balik. T_T

{Allah bagi ujian untuk terus bersabar}

Dan point yang nak dicerita, raya kami tahun ni tak sama-sama dengan ayah, sebab ayah sorang saja balik ke kampung untuk menguruskan jenazah atuk.

Masih nak rasa sedih ke kak lynn oi?Awak masih ada keluarga, masih ada baju raya untuk dipakai, masih ada tempat tinggal, masih ada juadah nak dimakan di pagi raya.Tak fikir ke macam mana nasib mereka yang dah hilang mak ayah, tak ada sanak saudara, tak dapat beli baju raya, rumah pun sekadar beralaskan kotak berbumbungkan daun, juadah pagi raya tak dapat dirasa.Macam mana lagi yang awak nak? Ingat! Bersyukur tu penting.

Marah kat diri sendiri bila sesaat terdetik perasaan macam ni. Syukur Allah masih bagi hati dan akal untuk berfikir. Jiwa hanya memberontak beberapa saat sebelum didatanggi oleh encik kesedaran.

Kesimpulannya, Thank for every moment and all people beside me yang telah menghidupkan hari raya kak Lynn tahun ni even serba sederhana...



Dengan rasa syukur, segala kesedihan hilang tak dirasa. Alhamdulillah...
Dan misi beraya akan disambung lagi dengan 8 orang puteri Laawly. InsyaAllah selepas Amalina selesai konvo di perlis, kami pula yang akan konvoi..:)

Selamat hari raya #9

Mencari kekuatan


Assalamualaikum....

Sejak balik rumah ni, bukan nak kata line kat rumah aku bermasalah, tapi yang menyebabkan aku tak aktif menulis ni, masalahnya dari aku sendiri.
Tah la nak bagi tarbiah dalam ni pun kurang, aku sendiri makin kurang makan tarbiah.
Allah...

Ramadhan is the best month untuk kita tarbiah diri right?
But I think...I missed it so much..
I think I didn’t do my best...I want it come again on this time but it’s impossible.
Terlalu banyak benda yang aku buat sampai rasa makanan rohani untuk diri tu aku tak ambil banyak sangat. Sedih, rasa nak nangis sangat-sangat.

Dan satu perkara lagi, aku tak tahu la kalau ada yang faham diri aku.. ada ke orang yang spesies macam aku ni?
Once, bila aku kena fokus kat suatu benda, then aku hilang fokus pada benda lain which I supposed to give attention on it.
Kira otak aku ni tak boleh bercabang-cabang macam orang genius, aku takde la minum anmum essential masa kecik dulu, tu yang cell2 otak aku tak berhubung sangat. Haha maksud aku tak berhubung untuk fikir banyak benda.
Nak fikir cari duit, nak fikir pasal tu, pasal ni, sibuk meniaga, nak fokus kelas memandu, nak kena p sana, p sini...dalam satu hari banyak benda nak buat. But then, sampai satu masa aku rasa nak terduduk je...beruntung lah aku masih ada lutut yang kuat. T_T

Tambah lagi dalam beberapa hari banyak masalah, bump on my head...berita pemergian atuk tercinta, rasa macam mimpi, everything happened macam cahaya flash camera yang orang tak sempat nak senyum dah snap -_-...sekelip mata.


But I trust, macam tu lah kalau Allah nak bagi ujian kat kita, bila2 masa saja dan semua ni adalah ujian dari Allah untuk aku di bulan ramadhan.
Memang susah nak bagi orang faham situasi kita, sometimes, tapi kita yang akan rasa stress sendiri bila simpan masalah tu lama-lama.

At the end of the story, aku bersyukur untuk hari ini dan untuk setiap hari yang aku lalui, even ujian tu sentiasa ada, I still can enjoy the oxygen today, see the blue sky, hear the sound of birds in every morning...and still can open the wassap yang contentnya sarat sama macam otak aku :D haha

Nvermind, forget it...
Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin.
Salam kemaafan buat semua yang pernah atau sedang dengan tidak sengajanya tertekan link blog saya ni dan terbaca entry beta yang lama mahupun yang terkini. Andai ada tersilap kata atau kata-katanya yang mengguris perasaan, maafkanlah diri ini yang tidak pernah lari dari kesilapan namun masih cuba untuk lari dari kesilapan itu (guna kasut roda) //lihatlah effort tu//

Sekarang otak aku masih banyak benda nak fikir, aku cuba untuk manage balik data. Siyes, kalau korang rasa perasaan ni, memang rasa dah lama nak give up, duduk rumah tanam anggur. But aku tahu, Allah sentiasa ada dengan aku, He never let me alone...doakan hati aku cepat sihat ye dan otak aku kembali bermaya...syukran ^_^



Ikhwan dan akhwat, tak ada istilahnya kawan baik


Btw.
Lama rasanya dah tak menulis...
Blog pun dah bersawang. (Hah ni ayat lama, org biasa guna)

Assalamualaikum....

The one of problem yang semua harus sedar.
Talk about the title, no need to explain why I up this topic.

Ok siyes...this one, talk about my problem.
Aku bukan nak cakap aku ni over social sampai ada kawan baik lelaki.
That isn’t my style...saya ulang sekali lagi...that isn’t my style.

Classmate aku tu semua....kawan aku, aku anggap kitaorang ni dah born as a family seagama.
Itu apa yang aku assume...

Kadang aku sendiri pelik, aku nak ignore mati2an dengan mereka, rasa tak patut, nak layan sangat lagi la tak patut.
First aku tengok the way how they treat the others (kawan aku yang perempuan),  truly like family. (I mean no softness while talking)

Tapi dengan aku, lembut gigi dari lidah...>>>eh rasa macam tak kena pulak peribahasa ni

Apapun, yang aku nak cakap, mereka ni berlembut sangat bercakap sampat aku geli nak dengar.
They use to say my name than uses ‘kau’
Come on, be yourself...

Dan nak pesan untuk yang akhwat pun, bila depan ikhwan, tak nak jadi obor-obor ya. Manja tu simpan kat rumah kalau dah memang sejak azali lagi.

Aku tak nak la cerita panjang lagi, kenapa aku serik nak rapat sangat dengan classmate ke, course mate ke  or even workmate akan datang...(yang lelaki)
Bukan sorang je yang duk confess...haih
Lepas ni, mereka nak judge aku sombong ke, or apa sekali pun...text me when its important only.
Nak confess ada adab...aku tak suka orang tak beradab.

Dah cukup, penat nak fikir, nak jaga perasaan kecewa orang, aku banyak benda lagi nak fikir, perasaan aku lagi nak letak mana? Bawah katil? Dalam laci? Invalid....
tapi aku tolak pun dah cukup penuh beradab...salam aidilfitri maaf zahir batin, salam kosong2..

Lastly, nak bagi pencerahan,
tak salah kalau lelaki perempuan nak berkomunikasi antara satu sama lain.
kita jangan la terlalu jumud.
kalau nak berbincang sesuatu yang penting tak salah, perbahasan soal isu negara, bertukar idea dan pendapat, bertukar ilmu tentang agama. that is no problem...

yang buat itu jadi masalah adalah diri manusia itu sendiri, lebih dikuasi hati yang terlalu ikutkan perasaan.

Contact Form