#thepuisidaie #usrahsantai #dakwahmudah #projek_dakwah #pahalaproject


Pujian jangan terlalu diangkat,
takut jatuh terlupa darat,
cukuplah kadar kata mengingat,
kerana pujian itu bisa racun besi karat.
matikan aku dalam tunduk,
jangan pujian yang merasuk.

by : mynameisaiezarisha


Mencari.

Aku hilang dalam terang,
menjauh aku mencari namun masih dalam hilang,

Aku masih lagi tergapai-gapai,
meski manusia sekeliling aku itu ramai,

Mereka menghulurkan tangan,
tapi seolah aku masih hilang pedoman,

Tarik aku cepat sedar,
jangan biarkan aku terdampar,
mohon jangan biar aku tersasar,
aku tak mahu hilang pandangan pudar,

Selagi masih punya masa,
berikan aku segala cerita,

Andai aku terjauh rebah,
bangkitkan aku dalam lelah,

Aku juga mahu seperti kalian,
ingin hidup bersama menuju syurga idaman,

Menuju kasih cinta Dia,
sebenar-benar jalan menujuNya,

Aku pudar,
tersasar aku dalam sedar,

Menjauh aku dalam terang,
tarik aku sebelum pulang,

AKU MOHON,

by : @ayie_suhari



Bila rasa hebatnya diri,
egois mula merajai hati,
apa saja teguran di beri,
anggap ia tak perlu lagi,

Teguran itu satu pembetulan,
satu teguran betul kesilapan,
bila teguran diremehkan,
dianggap satu perkara menjatuhkan,

Walau siapa pun kita,
kau aku dia mereka sama,
manusia tak lari dari khilafnya,
anggap ia positif saja,

Peduli tandanya sayang,
kasih ada tak pernah hilang,
andai saja teguran itu datang.
terima ia dengan hati lapang,

Pada yang diberi teguran,
anggap ia proses pembelajaran,
yang salah harus diperbetulkan,
pelajaran terbaik dimasa depan.

by : @ayie_suhari



Usah Menangis.

usah menangis kerana dunia,
yang hanya seketika cuma,
derita sulit pahit di rasa,
namun pahit di syurga sana,

bersabarlah duhai hati yang luka,
walau apa pun derita rasa,
kerana Allah memberi ujian di dunia,
untuk di angkat martabat tika di sana,

hati yang rapuh moga kuat,
meski jatuh jangan terlihat,
bukan hipokrit menahan penat,
cukuplah Allah Maha Melihat,

jangan di keluh kesah hati yang resah,
ingatlah sentiasa adanya Allah,
walau memang kadang kita lemah,
bertabah sabarlah walaupun payah,

mahar syurga tinggi nilainya,
memang pahit tak ditelan rasa,
ingatlah satu pesan ku semua,
usah mengeluh meski derita,

gapai syurga, 
tak semudah disangka,

 by : mynameisaiezarisha


Penjara.

Penjara milik bertuan,
hamba diuji pada kuatnya iman,

Kadang manusia lupa ia adalah hamba,
seolah berlagak dialah penjaga,

Patuh taat dan setia,
pada Pencipta miliknya dunia,
ujian berat kerana cinta,
bukan kerana benci pada makhluknya,

Kunci penjara itu ada,
syurga itu nun disana,
yakinlah kata kataNya
kerana janjiNya itu benar belaka.

by : mynameisaiezarisha

KAWAN? UKHWAH?


\\Assalammualaikum penduduk blog//

Agak lama yang teramat tak update blog, haa pesanan khidmat masyarakat sempena puasa pun ceq kak tak sempat berucap. xpe la, masih belum terlambat kan..salam ramadhan. ^..^v

Aku sebenarnya takde la banyak sangat masa sampai menyempat nak update blog hari ni. ekceli esok aku ada ekjem. -_-

Takpe, goyang2 kepala sikit..takde la nak cerita topik formal pun harini. Nak cerita pasal fathers' day pun tak payah la. Yang penting ceq kak nak berpesan; sayangi ayah awak hari2 ya bukan pada hari bapa saja nak ucap sayang, sedekahkan al-fatihah kepada mak ayah, even masih hidup atau sudah tiada.

Sedang aku duk bertafakur tadi...tiba-tiba terfikir nak cerita pasal kawan2 lama.
Sebenarnya nak share sikit satu kisah. Hoho kisah pengalaman sendiri.
Kalau nak kata arif sangat bab2 kawan ni memang tak. Sebab aku sendiri tak dapat nak faham diri sendiri. :D

Ok ceritanya, dulu masa zaman kanak-kanak riang, umur  aku 17 tahun (eh masih perasan kanak2 ye, p funfair pegang tangan mak bawak gula2 kapas).
Hah takde la, masa zaman umur aku 17'18 tahun, aku aktif sikit dengan media sosial, tapi orang yang kenal aku semua tak tahu hoho.
Masa ni, aku aktif dengan penulisan fiction, dan geng dengan budak2 kaki fiction, fb kalau sehari tak bukak tak sah.
Dari situ la aku mula kenal ramai kawan, dan bukan dari Malaysia saja, hampir ke serata dunia (ceh, jangan bayangkan satu dunia k) tak la ramai sangat pun. Teringin cari kawan dari Jepun dan Korea tapi sayangnya, tak semua boleh berbahasa english dengan baik.



Ni je la yang sempat kita kenal, Danni dari Jakarta, Maya & adiknya dari Peru, Kate dari Armenia, Yuki dari Surabaya, dan Natta dari Thailand.



Dan pointnya, tiba2 teringat kat diorang ni yang aku tinggalkan tanpa jejak. kejam ke aku?, tak tahu la..aku terpaksa deactivate accnt, masa tu nak stpm dan aku terlalu sangat berkepit dengan fb sebab tiap2 hari mereka akan reply message, then, aku pun super duper excited nak balas. dulu sembang ngan diorang rasa macam diri ni dah jelajah satu dunia. Even aku sendiri tak sangka, mereka boleh se'friendly itu sampai apa saja masalah mereka or masalah keluarga, masalah mereka sampai rasa down dengan hidup dan ada yang rasa nak bunuh diri (but finally, I save Kate with my advice) , ada yang cerita tentang impian mereka, what they would be on the future (and I see Danni finally work under entertainment department), dan ada yang share pasal culture negara mereka (thanks Maya for telling me about Peru ^_^) and everything mereka akan cerita dengan aku, aku tak lain sebagai pendengar dan pemberi nasihat. Kalau dapat contact balik diorang, nak je tanya khabar mereka macam mana sekarang...

"oK..akak Lin...ibrahnya apa??"

"Hah? ibrah? ada ke?..."

....hahaa ibrahnya jangan baca entry akak sambil tiarap, sebab nanti rasa bosan, k sekian.....

Kita tutup dulu cerita kat atas ni...
Sebenarnya memang hari ni nak sembang santai tentang topik kawan...heh3
Apa bezanya kawan, rakan, sahabat, best friend, best friend forever, best friend giler2 forever, best friend never die (eh ni filem mario maurer hah :'D), ukhwah fillah, ukhwah till jannah, ukhwah fillah abadan abada...andddd so many else.

Macam-macam istilah yang ada kita jumpa. Aku ada terbaca dalam twitter...macam ni,


kalau 'friend', dia masuk rumah kita, ketuk pintu bagi salam. tapi,
kalau 'best friend' dia masuk rumah kita, bukak kasut, duduk kat sofa cari remote.


Macam tu la kot untuk mereka menggambarkan bertapa rapatnya hubungan friendship mereka dengan kawan yang bergelar 'best friend'.

Kalau korang nak tanya aku dan nak minta nasihat pasal masalah kawan. Terlebih dahulu aku memohon maaf 20 jari...sebab aku sendiri masih fail bab2 kawan. Even aku dah usaha untuk abaikan perasaan aku demi kawan, ada kawan yang tetap tak anggap aku macam kawan. Tak semua macam tu, tenang dulu...
haha sebab tu aku tak boleh nak main dengan perkataan "sahabat selamanya". Once kalau mereka kata kita sahabat selamanya, I'll struggle to make it true. Tapi ramai yang kata macam ni, sedangkan dia lebih concern dengan sahabatya yang lain, tak ada keseimbangan. Ni baru cerita tentang sahabat, belum masuk tentang ukhwah.

"ada beza ke?"

"Pada pandangan mata kail ceq kak yg saiznya 9 inci ni, ceq kak rasa ada beza"

bezanya.....Sahabat tu ialah kata nama, yang membina ukhwah iaitu kata sifat.....

^O^

//jangan kerut-kerut dahi macam tu... tak comey :D//

Macam ni, kata mudahnya ialah, sahabat tu tak semua berukhwah fillah, tetapi ukhwah fillah tu semuanya bersahabat.

k, faham da?

sebab tu la wujudnya istilah kawan makan kawan, kawan tikam belakang, kawan jadi isteri. eh.....bukan, yang tu bukan.

Baiklah, sekarang ceq kak nak tanya kome-kome semua.
Siapa sini tak pernah cakap2 belakang pasal kawan sendiri?
Siapa sini yang selalu bersangka baik dengan kawan sendiri?
Siapa sini yang selalu mengalah dengan kawan sendiri?
angkat tangan tinggi2 ye semua, kalau boleh sentuh cicak tepi lampu tu. eeh

Ada tak ni yang angkat tangan?
Alhamdulillah kalau ada yang angkat tangan, lepas ni pm ceq kak ye, nak request jadi kawan sampai hujung nyawa, susah nak cari kawan macam awak.
AMARAN! \\muslimat sahaja//

Ok,..ada sebenarnya yang hati suci macam ni. cuma satu dalam seribu. susah nak cari.
Memang tak ada manusia yang dapat baca hati orang lain, tak ada yang dapat nilai keikhlasan orang lain dalam berukhwah.
Yang nilai semua tu adalah pemilik hati tu sendiri dan Allah yang maha mengetahui sejauh mana ukhwah fillah yang dia zahirkan dari kata-kata.

Akhir kata, nak berpesan.
Hargailah sahabat kita, janganlah jadikan mereka sebagai individu yang kita perlukan apabila susah sahaja, jangan cakap buruk pasal kawan kita dan cerita atau mengadu dengan orang lain dan menjadi fitnah sehingga orang lain membenci dia, rendahkan kegoan kita, dan yang paling penting hadiahkan senyuman buat mereka kerana dengan senyuman ia dapat memadam segala perasaan negatif.

^^^^^^^^^^^^^^^^^
Ni berkata bukan kerana pengalaman, tetapi ini perkara2 yang sangat aku takut terjadi kepada diri aku.

Alhamdulillah, itu sahaja sembang kita untuk harini.
Nak studyyyyy, esok ekjemmmm, ^..^v

Gambar kat bawah ni menandakan entri hari ini berakhir di sini..sekali lagi, selamat berpuasa...Assalam ^_^








Contact Form