Mother's Day? kenapa?


|| Assalammualaikum ||

Come back, I need you.
Ayat inspire from the gif...:D

Eh, bukan tu yang kita nak cerita hari ni.
yang nak diceritakan kat sini ialah tentang sambutan hari ibu.
Rasanya dulu pun ada timbul isu2 berbangkit yang kata tak boleh sambut hari ibu. bukan pada hari ibu je, hari bapa pun sama.

Sebelum bercerita saya nak tukar penggunaan kata ganti nama saya..heh

Ok, ini pandangan dari ana, iaitu hamba Allah yang ilmunya masih terasa kerdil lagi.
Huh..dan kalau dah kata 'pandangan' mesti ada yang tak setuju dan mungkin ada yang setuju. Syukran...
Tapi ana yakin ada satu dua yang mesti setuju, tu pun bobo dan atan...patung bear dan patung orang utan ana kat rumah tu..

Haaa..ok sudah, sebelum merepek meraban ana nak bagitahu, pandangan ana ni bukan sekadar pandangan suka suki yang duk main dalam otak. Sebelum berhujah, kita kena fikir dulu.
Ana tak kata haram, ana tak kata harus, ana tak kata sunat, dan ana tak kata wajib.
Jangan nak kata ana pandai2 buat hukum. Sebab ana tak boleh meletakkan suatu hukum sesuka hati.
Tapi menurut sumber, ada sesetengah ulamak yang kata haram.

Maka, melalui dari situ pun kita boleh nilai sendiri, samaada benda tu baik atau buruk di sisi islam.

Sebenarnya salah ke nak sambut hari ibu ni?

"salah ke? salah ke? salah ke?!!!!!!!!!!!!"

Sambutan Hari Ibu ni atau nama british nye Mother's Day.
Menurut sejarahnya, kisah sebenarnya sambutan Mother's Day ni asalnya datang dari United State. Mereka ni lah yang mencetuskan idea untuk menyambut hari peringatan ibu ni. Tapi depa kata, depa tak dak la nak relate hari ni dengan perayaan Cybele, Hilaria, Virgin Mary Day, dan Christians Mothering Sunday.

Tapi adakah antum percaya?

Kalau nak diikutkan pun, asalnya, hari ibu ni disambut berdasarkan faktor keagamaan, sejarah atau lagenda.
Dan ana tak ada jumpa satu pun sejarah negara malaysia, atau sejarah agama islam yang menetapkan sambutan perayaan hari ibu.
Tolong ana cari, mungkin ana tak jumpa dan kalau ada pun, betul ke mesti sambut hari ahad?

ok, bercakap tentang tarikh. tarikh sambutan adalah tidak tetap setiap tahun. tahun 2014...pada 11 Mei, tahun ni ..10 Mei dan tahun depan 8 Mei. boleh bagi penjelasan tak kenapa? dan kenapa hari ahad?
adakah sebab kita nak ikut U.S?,...mereka buat hari ahad, kita pun kena buat hari ahad????

Ini pun dikatakan sebagai jahiliyah moden.
Apa saja ideologi barat yang masuk, kita tak sedar.
Itu kita terima, ini kita terima.
Kita tak faham apa sebenarnya muslihat barat.
Sebagai contoh lagi,
Kecanggihan teknologi, IPhone, IPad, ILoveyou, Uloveme dan sebagainya,
Antum percaya tak, itu pun boleh menggoyangkan iman kita.
Tapi, ana tak kata benda ni semua tak berfaedah, ada faedah kalau digunakan untuk tujuan yang betul. Ana pun blogging ni guna ci comel acer bukan guna kuali.
Cuma penerimaan kita dengan semua ni bukan sikit....kadang sampai tak ada tapisan.
Sebenarnya ana nak relate dan cerita banyak perkara dengan ni tapi rasanya entri ni akan jadi panjang berjela nanti. Jadi mungkin ana kena simpan dulu.

Sebelum ni, ana pernah terbaca luahan hati seorang blogger. Ana tak ingat tajuknya apa, tapi dia ada cakap "please don't celebrate mother's day".
Ekceli, dia ni blogger daripada US.
Dia cakap 'jangan sambut hari ibu' bukan sebab dia tahu sambutan ni tak elok untuk islam,
Tapi, dia kemukakan pandangan macam tu sebab dia kesian dengan orang yang tak ada ibu, orang yang tak ada anak, orang yang baru lepas kehilangan atau kematian ibu...dan orang2 yang senasib ni la.
Dia sendiri cakap, setiap hari ahad, hari ibu kat sana akan disambut dalam gereja, para ibu akan bangun dan akan diberikan bunga, church akan bagi bunga kepada ibu-ibu muda, ibu-ibu tua dan mendoakan mereka. dan ini akan membuat orang yang tak ada ibu tu akan berasa sedih.

Orang negara sana pun ada yang berpandangan macam ni, kenapa tidak kita? boleh pulak kita hebah kat satu dunia.

"aku sayang mak aku....YEY"

"Eh, dah bagi hadiah kat mak hang ke? kan hari ibu"

"status fb : Selamat hari ibu buat ibu tercinta, baby doakan semoga ibu bahagia dunia akhirat....."

Tak ke antum fikir kalau  orang yang dengar atau terbaca tu rasa sedih. Lagi-lagi kalau yang baru je kehilangan mak.
Ya, walaupun kita tak ada niat nak buat dia bersedih tapi kita tahu kan apa perasaan mereka yang tidak dapat sambut hari ibu.

Jadi masuk semula kepada pendapat ana

Kat atas ni ana dah terangkan tentang macam mana Mothers Day ni boleh disambut. Jadi antum pun boleh fikir ikut logik sendiri.
U.S cuba untuk sebarkan ke seluruh dunia tentang sambutan hari ibu pada hari ahad bagi memperingati ibu yang melahirkan dan membesarkan kita.
Tapi kita ni tak sedar, ideologi yang cuba mereka sampaikan tu.

Nabi SAW ajar kita untuk mengingati ibu setiap hari bukan setahun sekali.
Macam UAI kata

"Sambutan hari ibu dan hari bapa ni adalah perayaan orang bukan islam...kenapa kita mesti nak sambut? kenapa orang barat tak sambut awal muharam dan maulidur Rasul?"

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka” (Riwayat Muslim).

Kalau nak sambut hari ibu atau hari bapa, Mesti kena dengan cara islam. Kita mesti mengikuti amalan Rasulullah. Apa yang Baginda ajar kita buat, apa yang Baginda tidak ajarkan, jangan kita buat.

Cara yang sebaiknya, hari-hari kita ingat Mak Ayah kita, bangun tidur....cari Mak, cari Ayah...
*tringat masa kecik dulu, bangun je tidur Mak takde kat sebelah, cari Mak, kat dapur, pastu tanya dengan Mak; Ayah mana?, pergi kerja*

Apa salahnya kita kekalkan perasaan macam ni.
Tapi ana tak la suruh antum semua yang duk jauh dengan keluarga ni, bangun je pagi2 lari cari Mak. Mak kat Alor Star, antum kat Taiping. Tak la sampai macam tu.
Maksud ana cari Mak antum dalam doa.
Bangun pagi; "Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi nafas untuk terus berbakti kepada ibu bapa. Semoga hari ini Mak dan Ayah ana di kampung sihat dan sentiasa di bawah lindungan serta rahmat Allah s.w.t"

Kalau kat rumah, nampak Mak sibuk, tolong la Mak,
Bukannya Mak tengah masak kat dapur, pung pang pung pang, tapi antum goyang kaki tengok tv..,......lepastu bila tiba bulan mei "Happy mothers day mom"
ishh...kelaut sekarang!!
Eh, bukan ana nak suruh antum bunuh diri ke laut.
ana cuma nak suruh antum cari ikan, bagi mak masak.

Haah dan satu lagi ana nak tegur, cara kita berdoa. sekarang trend dah berdoa bukan kat sejadah, bila ada musim tertentu, news feed facebook, twitter, etc. akan penuh dengan status doa.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku...aku nak jadi anak soleh"

"Ya Allah, jadikan hari ini lebih baik dari semalam..."

"Ya Allah, engkau lindungilah ibuku...berikanlah kebahagiaan untuknya"

Ni la dia trend sekarang....
Bila tiba Mothers Day baru nak doa kat Mak.
Hari-hari kita boleh doa, lima kali sehari dalam solat. Rasa tak cukup, tengah duduk2 tengok keindahan alam di tepi pantai, pun boleh berdoa untuk Mak Ayah kalau bukti sayangkan mereka. Tak payah la nak bagitahu seluruh dunia yang kita sayangkan Mak kita.
Takut timbul rasa riak..

Dari Saad r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:  "Kelak akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa “ (Riwayat Ahmad).

Ini adalah tanda-tanda kiamat.
Jadi kesimpulannya yang ana nak bagitahu. Kalau rasa nak sambut hari ibu, boleh, tapi jangan mengkhususkannya pada bulan mei seperti yang diraikan oleh orang bukan islam. Boleh bila-bila masa yang kita suka, dan semoleknya hari-hari. Dan iktikad kita yang penting, niat kita jangan memesong, sambut dengan penuh lagha sampai ada pembaziran...jangan sesekali.

Itu saja dari ana, asif atas penulisan yang mungkin tak dapat diterima umum. Setiap orang ada khilafnya, tapi ana cuba sekadar berbicara apa yang ana rasa terbaik.

Segala sesuatu, hanya Allah yang Maha mengetahui.
والله أعلمُ

Amar Makruf Nahi Munkar


\\Assalammualaikum//

Terima kasih untuk tiga hari ini,
Terima kasih kerana membuat hati kami semakin longgar dengan dunia.

Tapi, itu tak bermaksud untuk kita pisahkan antara dunia dan akhirat.
Dunia dan akhirat haruslah seiring...

(Al-Baqarah ayat 201)

jelas Allah dah nyatakan dalam ayat al-Quran.
tentang "kebaikan dunia" dan "kebaikan akhirat"
dua ni harus seiring.

Analogi aku.
"Menutup aurat untuk pahala akhirat....tapi pakaian adalah dunia".

Memang kita tak boleh nak pisahkan.
tapi kita kena tahu cara untuk seimbangkan keduanya.

Aku sejujurnya tak suka dakwah secara redikal. ya, siapa yang suka kan...semua tak suka.
jadi aku akan tetap dengan gaya aku yang lebih santai.
Memang kita tak boleh pisahkan agama dalam politik. sebab tu aku pegang dengan prinsip. Harus ada agama dalam mengurus politik atau pentadbiran tapi jangan letak politik dalam agama.
hah mungkin tak ada siapa yang faham dengan ayat aku ni,,,,kalau ada segelintir yang dapat tangkap maksud aku. Alhamdulillah.

"We've our right in our religion"

Tapi aku tak setuju dengan dakwah atau mempertahankan hak dengan cara yang keterlaluan sehingga menyusahkan orang lain. Matlamat dah betul tapi tak kena dengan cara.

Analogi aku...

Bila orang sakit kita bagi ubat perlahan-lahan. (sehari sekali/sehari dua kali)/(3 sudu sehari/2 biji sekali). Kadang ambil masa yang lama untuk sembuh tapi kita doakan dia sembuh. 

Begitu juga dengan kes untuk mentarbiah orang. perlahan-lahan dan berterusan. kadang ambil masa yang lama untuk bawa dia berhijrah tapi kita mesti doakan agar Allah memberinya hidayah.

Aku percaya dengan doa.
sebab doa adalah senjata mukmin.
Cepat atau lambat, Allah pasti akan makbulkan.
kadang Allah makbulkan dengan memberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta.

//tenang dan sabar dalam tindakan//

-----
Sekarang nak cerita.
bila kata, 'amar makruf nahi munkar'.
apa yang kita faham?

"Oh, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran"

tahu...
semua tahu maksudnya.
tapi, ada kita buat? aku ada buat ke?

"ada...kadang-kadang"

ya kadang-kadang.
sampai kadang-kadang kawan sendiri pun aku rasa berat nak tegur.
memang itu sebenarnya ujian.
tapi sampai bila aku nak hadapi ujian itu dengan pasrah.

Bila duduk dalam usrah, sangat ditekankan untuk kita tegur kesalahan sahabat kita yang kita tahu salah.

'tak solat', 'tak puasa', 'TAK TUTUP AURAT!'

etc.

memang susah....
tolong bagitahu saya siapa yang kata senang semudah kunyah kacang Nips?

kalau ada yang kata senang, Alhamdulillah...Allah bagi kekuatan buat kamu.

Tapi, manusia tak semua sama.
ada yang boleh terima, dan ada yang tak boleh terima sampai ada yang buat muncung Donald duck dua hari tiga malam.

Aku gelisah bila tahu kesalahan-kesalahan sahabat tapi aku tak mampu nak tegur.
Ni la padahnya bila ada sifat yang terlalu sangat menjaga hati orang, akhirnya memakan diri aku sendiri, sehingga liat untuk mentarbiah sahabat.

Betul la kata seorang ukhti.
"Nak tegur sahabat sendiri lagi susah daripada nak tegur orang lain"

Bila kita tak tegur sahabat kita, mereka akan tuntut di akhirat kelak.

"Kenapa tak tegur aku?"

Kita cuma takut, sebab perkara macam tu, boleh menghalang jalan kita untuk ke syurga. Nauzubillahiminzalik....

Balik semula kepada ayat 'amar makruf nahi munkar'.
Apa sebenarnya hukumnya?
hukumnya adalah wajib kerana jelas terdapat di dalam al-Quran, Allah banyak menyeru kita untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Tapi, terdapat dua pendapat dari ulama', ulama' yang pertama menyatakan bahawa amar makruf nahi munkar adalah fardu ain dan ulama' kedua menyatakan ia sebagai fardu kifayah.

Solusinya, kita kena sedar bahawa ini adalah tanggungjawab kita.
Ramai kita tengok sekarang...islam hanya pada nama.
yaa...muslim tak semuanya mukmin.

Allah telah memberi peringatan kepada kita untuk mengamalkan islam secara keseluruhan dan jangan ikuti langkah syaitan.

Rujuk surah Al-Baqarah ayat 208.

Kalau nak jelas lagi tentang perlunya jihad atau amar makruf nahi munkar, saya boleh bagi kod rahsia. ^_^

(2:218)
(3:104)
(3:110)
(5:78)
(22:78)
(27:89)
(27:90)
(41:33)
(61:4)
(61:11)

Boleh buka tafsir alQuran.
ini cuma pandangan secara kasar yang saya jumpa.
tapi sebenarnya ada banyakkkkk lagi, firman-firman Allah yang menyeru kita untuk melakukan atau menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Rasanya harini otak tak banyak memproses banyak maklumat.

"Sebenarnya, semakin banyak ilmu yang kita dapat semakin kita rasa banyak benda yang sebenarnya kita tak tahu"

Mungkin sekarang data dalam otak aku masih dalam penyelenggaraan...
InsyaAllah, lain hari boleh buat perkongsian lagi. ;)

Contact Form