Bersamamu satu anugerah terindah


\\Assalammualaikum//

Kenapa bunyi tajuk entri ni jiwang?
hahaha...donno la.., dah penat nak pikir tajuk sebenarnya. ngeee.

Puas tak tiga hari bercuti?

haaa...for me nope.

Why ha...
bila cuti aku rasa nak cepat abis cuti, sebab aku tak suka cuti yang kosong...but when the day that tomorrow I've class, rasa macam malas nak p kelas.

Penyakit pelik apa ni?

Topik hari ni adalah story about experience aku yesterday dan yesterday punya yesterday.
I got three days of holiday this week sebab I've no co-cum on Saturday.
Tapi, my holiday isn't an empty holiday.
just like what I said, I don't like an empty holiday. 

Jadinya, on friday, kebetulan ada Qiam jamek so I decided to spend the night in the mosque with akak2 senior who are very3 friendly.
Then, on the tomorrow morning, we're agree to take some fresh air around the campus. Udara jam 6 pagi, sangat segar.
We took more salfie dan kebetulan sekarang musim bunga 'I guess' sebab view sekarang cantik, banyak pokok yang ada bunga berguguran di bawah...pink, white and purple in color. series cantik...terasa macam kat jepun duduk bawah pohon sakura.

Here I show you if you want to know how's Labuan on the midyear. Ni view kat belakang kolej kediaman. Bila ke kawasan bandar, along the road akan ada bunga2 pink yang berguguran. like sakura in Malaysia...miahahahaha


Then...then....then...

I plan to take my breakfast kat Pantai, ingat nak ajak Kak Farah dan Kak Mira sekali. 
Tapi time nak ajak Kak Mira, tiba-tiba dia kata tak free haritu sebab kena pi jaga budak2 kat tadika.

Apa?
Budak2 tadika...
rasa rindu kat my sweetcandy kat rumah. My little haziq.
Sebab tu, I'm so so so excited bila dengar.
Dan secara tidak langsung, mulut ni kata nak ikut...hahaha
Rancangan ke pantai dibatalkan sebab nak ikut Kak Mira pi tadika.
Hewhew, happy tak terkata bila diajak ikut sekali.

Nak dijadikan cerita, first aku ingat akak ni ambil part time job mengajar budak tadika. Bila sampai je kat tempat kejadian, (macam CSI pulak soundnya xD)
Haha, baru la aku tahu, akak ni jadi AJK tambahan untuk urus sukaneka budak2 tadika.

Tadika PASTI Ar-Raudhah. It is an islamic school for kindergarten. 

Memang aku tak tahu nak buat apa mulanya, sebab tak tahu pulak diri ini tiba2 diajak jadi AJK tambahan.
Yea...kerja aku senang je. Kena pastikan budak-budak ni semua tak lari-lari merayap, kena hantar budak yang nak ke tandas (yang ni tak yah nak ulas), then kena guide budak-budak ni sepanjang game berlangsung.
penat 20% tapi bahagia 80%...^_^

Lama2 baru la aku terbiasa, bebudak tu pun dah biasa dengan aku...senyum secomel comelnya. Dan moment yang tak boleh dilupakan bila ada budak yang panggil aku cikgu.

"Cikgu....cikgu....dia tak nak baris"

"Cikgu...cikgu....saya nak minum"

Haa dan ada lagi sorang budak yang comel. Dia pakai cermin mata yang agak besar dengan lens yang tebal, dan pakai koppia, so cute. 
He ask me to go to toilet, then I bring him. I leave him inside about a few second...after that, he come out. I ask him "You done?"...He just shake his head while pushing his glasses up slightly....haha :D.

Kalau nak cerita satu persatu gelagat budak2 comel ni. memang tak sudah. One moment yang comel masa game berlangsung ialah bila budak2 kecik ni kena gelecek bola pusing kon. Series, sangat comel ada yang penuh berhati-hati, ada yang terlebih2 tendang sampai masuk line orang sebelah dan yang paling kelakar bila ada budak yang dah abis satu round dia terus lari tinggal bola tu...hahaha patutnya dia kena buat u-turn balik. memang sangat2 comel. I've his picture ;)

Aku boleh ketawa sendiri bila ingat balik. Jadi jangan bagi aku ingat bila aku tengah sendiri, nanti orang ingat aku gila :D

Lepas sukaneka tamat, AJK pun ada sesi bergambar. Jadi lah satu peristiwa dalam hidup aku yang tak dirancang tapi semua berjalan lancar. Bila nak balik tu rasa sedih pun ada sebab aku dah mula rapat dengan budak2 tu. InsyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi.

Then...balik kampus dalam jam 1 petang....jam 2 petang pulak ada talk kat masjid yang disampaikan oleh Firdaus wong wai hung. Lepas aktiviti fizikal, penuhi aktiviti rohani pula. Banyak pengisian, dia banyak mengajar cara-cara untuk berdakwah.

Kita ni sebagai islam, bukan hanya perlu tahu cara untuk ibadah sahaja. Kita juga perlu tahu cara untuk menjawab segala persoalan.
dah prepare ke jawapan kita kalau orang bukan islam tanya kita macam2 soalan tentang agama kita?

How did you believe on your God?

we've to know the right answer that can also attract their interest toward Islam.

*Ok, InsyaAllah nanti ada masa terluang lagi, saya akan kongsikan.

Dan akhirnya cuti aku tak terbiar kosong. I love it. cuma hari ahad je yang kosong sikit....walaupun aku patutnya ulang kaji untuk mid term exam for Financial Management...haaaaaaaaa its tomorrow actually.
I ody cover few chapter....wish the best for me tomorrow to answer all the question. OMR...a.b.c.d or meybe e...see you tomorrow.

And I end this entry...
As'salam. maaf atas bahasa rojak ini...rindukan rojak sebenarnya. ^_^v

Be yourself


\\Assalammualaikum//
penduduk bumi.....
Hari ni nak bercakap lagi.
takde motif pun aku nak jugak update blog.
Tadi baru lepas chit chot cit chat dengan mak.
nak call tapi malas nak turun bawah beli topup. lagipun aku memang kurang ambil berat pasal topup aku maklum la wassap kan ado.
Tapi bila ketandusan nak call mak yang penting ni, baru terhegeh-hegeh nak cari topup.

Hari ni aku nak cerita pasal kes 'be yourself''
Ini mengenai status aku di facebook baru-baru ni..

Sometime I'm doubt, should I be myself? since people I just know didn't expect me when I try to be myself. are you ok?

haa aku belanja sepotong ayat je la ea...
then, pastu aku dapat banyak notification wassap bertalu-talu, pm box fb pop pap pop pap, twitter jem sebab dapat mention banyak sangat, peti surat penuh, surat melimpah-limpah bersepah atas lantai.
semua sebab nak tanya aku apa dah jadi? kenapa dengan status tu, ada masalah ke? apa citer..

//puii bajet pemes betul la oi//

hahaha
keterlaluan di atas adalah tahayul semata-mata. :D

makcik lin ni takde la sepemes itu ya anak-anak semua.
cuma ada dua tiga orang je bestie yang sudi bertanya.
ekceli, tak lah masalah sangat.
cuma bila ada kat tempat baru ni.
segala-galanya serba baru.
kawan baru...
baju baru...
kasut baru...
tempat tinggal baru...

semua serba baru la pokoknya akarnya daunnya rantingnya...

tapi yang aku nak point kat sini ialah ayat yang aku bold kat atas tu.
kenapa?
sebab aku memang susah nak faham orang dan orang lagi susah nak faham aku.
berbalik kepada isu 'be yourself'

kadang aku tak tahu macam mana nak jadi diri sendiri bila orang kurang terima dengan diri kita sendiri.

ok masalah aku, others judge aku melalui luaran dan mereka expect aku dengan apa yang mereka nampak.

ya penampilan aku,
then orang judge aku ni ayu, pendiam, nampak mature sangat, tak bersifat kebudak-budakan :P

haah itu yang mereka nampak.
Tapi aku cuba menjadi diri sendiri sebab itu yang sepatutnya kan?

Ya, memang aku agak childish, kadang lawak aku orang ketawa sampai boleh sambung minggu depan. Tapi bila aku cuba friendly as much as I can, orang akan cakap...

"Eh..eh lin, happy sangat hari ni kenapa?"

"Eh..eh lin ada apa-apa ke ni, kenapa macam happy je"

happy semacam?

semacam apa? hahaha
itu aku...
semalam lain sebab semalam pun aku...
macam aku cakap tadi, orang memang susah nak faham kita, aku pun susah nak faham orang,
sebab kita pun kadang tak  boleh nak faham diri sendiri.

tapi aku rasa beza sebab, orang yang kita dah kenal lama dah boleh faham kita.
but not all of our attitude. sometime they understand but they can't understand why. why we've that attitude.

tapi sekarang ni aku tak tahu nak ambil masa berapa lama untuk kawan-kawan yang kita baru kenal, faham dengan perangai kita.
dah lama kot.


takpe la mungkin ada hikmahnya.
Aku pun tak boleh selamanya jadi kebudak-budakan,

"awak dah nak kawen kan, kena la jadi keibu-ibukan"

ini juga statement keterlaluan bersama tatabahasa yang rosak....hokhok
namun, diakhiri dengan insyaAllah.

dan disudahi dengan wasalam...kbye, sekian untuk segmen sembang kosong aku hari ni.

Perbaiki diri mula dari ibadah


\\Assalammualaikum//

Akhirnya dapat balik html blogskin lama.
haha, Ya, walaupun aku baru saja bahagia dengan design aku yg baru, tapi aku sedar, tak ada kelebihan di situ. hokhok...


Ni hah rupanya...
aku tahu korang nak kata ni macho.
tapi adik aku kata kosong. Then, I struggle for my old design..*peace

Dah sudahlah cerita merepek ni.
aku sebenarnya niat nak aktif blogging balik, tapiiiii masa tu yang tak mengizinkan.
Tambah lagi assignment yang aku tak tahu mana kesudahannya.
aku tak pasti la sampai akhir sem ke aku kena buat assignment dalam group?
aku bukan tak suka, cuma kalau assignment sendiri-sendiri, kalau datang gila aku aku, satu hari boleh siap. Tapi memandangkan ni group assignment, kena la ikut process.. mana nak tunggu yang ni, nak tunggu yang tu lagi.

Sebenarnya apa motif aku membebel kat sini hari ni?
hah sebenarnya aku nak bagi sedikit pandangan hari ni.
Ni tentang sikap manusia yang suka meringan-ringankan ibadah.
Aku tak nak menunding jari ke kat sesiapa, cuma ni peringatan bersama.

//kembali kepada penggunaan kata ganti nama 'saya'//

Nak cerita,
Terutama sekali bab ibadah solat.

"Timon, dah mandi wajib? meh la solat"

"Dah...tapi, Timon period masa waktu subuh, jadi Timon start sembahyang waktu subuh esok, sekarang ni dah waktu Zohor"

"Eh, kenapa macam tu? bila dah bersih...kan kena terus sembahyang mana boleh tangguh, nanti sembahyang tu kena qadaq"

"Ea ke? tapi Timon dengar macam tu....."

at the end, Timon tetap dengan pendiriannya...(tak solat)

Itu kisah Timon...

Mungkin ada banyak lagi kes orang yang meringan-ringankan solat.
buat fatwa mengikut kefahaman sendiri.

bila orang cakap...

Kobes : "kita ni cetek agama, kita patut belajar"

Timon : "Eh kita? kau saja, aku tak cetek agama"

Sejauh mana buktinya, kalau bab ibadah kita belum sempurna?
Solat laju macam kilat,
makna bacaan belum difahami,
Perbaiki solat adalah tiang utama sebelum memperbaik benda lain.

Tapi saya bukan nak cakap, perfectkan solat dulu baru tutup aurat.
tidak.....
Tutup aurat perkara yang wajib.
itu adalah salah satu cara untuk memperbaiki solat.
bila solat nak diterima, aurat kena jaga.
Jelaskan...
lihat dan perbaiki apa yang perlu untuk menjadikan solat itu sempurna.

Saya sendiri belum cukup baik untuk memberi nasihat sebab manusia tidak semuanya sempurna, tapi bagi saya....nasihat itu penting dalam mentarbiyah diri saya.
Kadang rasa down bila nasihat kita orang tak boleh terima,
Biarlah kita sendiri yang terima nasihat kita.
Saya tak boleh nak push orang kalau saya tak push diri sendiri sampai boleh jadi contoh.
mungkinn teguran saya kurang meyakinkan.
Terus tarbiyah diri sendiri, biar orang contohi.
*peace lagi*

hah ok...cerita tamat
oh yaaa., lupa nak kabo kan...
Cuti mid sem ni aku tak balik.
Seminggu je cuti, rasa tak berbaloi kalau balik.
tambang pergi balik tu sama dengan je dengan perbelanjaan makan aku kat sini selama seminggu. tu pun kurang lagi jumlahnya dengan tambang pergi balik tu.
Ayah cakap tak payah la balik, siapkan assignment.
Hah exam pun lecture nak buat lepas cuti, mana nak mendapat kedamaian dalam percutian kalau exam banyak yang menanti.
Sebab tu aku kurang iri hati tengok coursemate yang balik bercuti.
muahahaha, lagi-lagi bila senior balik, tinggal kat rumah ni, rasa macam rumah sendiri, walaupun rumah pinjam untuk setahun. :D



eh dah dah,
meleret pulak ceritanya.
hah next time kita cerita lagi ae.

Ambil benda yang berguna saja, yang tak berguna jangan layan sangat. ^_^v

Contact Form