Berdosa ke?


Assalammualaikum...
Entri hari ni bertujuan untuk memberi penjelasan tentang perkara yang dianggap remeh tapi sebenarnya memberi kesan yang buruk. Aku bagi penjelasan ni sebab ada yang masih belum memahami.
Sebelum tu aku nak cerita flashback aku.
Malam tadi dalam jam 8. Aku dapat satu mesej wassap dari kawan. 
"Lin, nanti tolong sign attendance saya, saya tak datang kelas esok, penat" 
Dengan mulut yang sarat mengunyah makanan. aku tak fikir apa, aku cuma jawab, 
"Okay" 
Ye la, aku kalau tengah makan...aku ingat makan je, tak fikir apa lagi. 
Then, nak dipendekkan cerita...
Malam tadi aku cuba untuk tidur. Dah pukul 1 pagi.
Tiba-tiba, fikiran aku teringatkan perkara tadi. (yang kat atas ni)
Tak tahu la kenapa...
Mungkin kali ni mesej dari Allah.
Macam hati aku tiba-tiba kata, 
"Orang yang tak hadir kelas tapi kehadirannya ditanda, bukankah itu satu penipuan" 
Ah...sentap bak hang. Dari mana suara tu datang. 
"Dan orang yang menolong dalam penipuan, itu bukankah dikira sebagai bersubahat" 
Hah, berganda-ganda ni sentapnya. Tak tahu la bisikan dari siapa, dari kata hati atau kesederan yang menusuk masuk minda secara tiba-tiba.
Fuh, hati tak tenang sampai tak boleh tidur sebab nak fikir ayat untuk explain dengan kawan ni sebab nak tolak permintaan dia last minit.
Serabut punya serabut...aku tak boleh tidur sampai jam 3 pagi. Hah tak sedar pun 3 jam otak aku ni tak berhenti berfikir. 
Dah alang-alang jam 3 pagi, aku pun bangun dan pi mengadu kat Allah. 
Bisikan 1 : "Alaa tandakan je la...bukan susah, abis cerita" 
Bisikan 2 : "Lecture tak tahu tapi Allah tahu" 
Explanation untuk ayat kedua ni memang kuat dan tak boleh disangkal. 
Dan akhirnya, aku tetapkan pendirian. Walau apa pun risikonya, orang nak kata kita ni tak boleh nak tolong kawan ke or what so ever, 
Aku tetap tak akan khianati Allah. 
Lepas tu baru la aku boleh tertidur walaupun hanya beberapa jam je sebab alarm dah menyanyi-nyanyi nak kejut bangun subuh, tambah lagi kelas jam 8 pagi. 
Nasib baik je la aku takde rupa macam 'The Walking Death'...Zombie perantauan katanya haha
Okay...Flashback tamat.

Kembali pada tajuk.

"Kenapa boleh terdapat dosa dalam pertolongan?"

Sebab....mereka menolong pada perkara yang mungkar.

Pertama sekali saya nak sentuh satu persoalan,
kenapa saya baru sedar tentang perkara ni?

Saya baru sedar sebab benda ni baru terkena dengan diri sendiri.
Tak terfikir sedalamnya tentang isu macam ni sebab saya belum rasa sendiri.
Selama ni hanya terlihat pada sudut keadilan.

"Eh, mana adil, kawan ni p kelas, kawan yang ni tak p kelas...tapi attendance dia ditanda"

ok...
Bila saya terfikir soal ni.
Minda terbuka seluas-luasnya untuk melihat dalam banyak sudut.
bukan pada kes macam ni saja.
banyak kes boleh dikaitkan.

Semua adalah dari perkataan 'Tolong'

Bila sebut je 'Tolong'
Mentaliti kita memikirkan soal kebajikan.

"Tolong orang kan dapat pahala"

"Takpe la hari ni dia susah, kita tolong dia, hari lain dia tolong kita pula"

Bagi saya...
Perkataan tolong ni cuma perhiasan yang boleh mempengaruhi minda seseorang.
Hah tu rasanya tak yah la nak ulas panjang-panjang nanti saya tersentuh dalam bidang Psikologi pulak.

Saya bagi contoh ya...

Saya ambil pasu, saya letak tanah hitam sikit kat bahagian bawah (nampak macam oreo hancur la), Then atasnya, saya cover dengan ais krim perisa strawberry, paper mint, vanilla...pastu saya cakap kat semua orang, ni namanya, ais krim pasu...tadddaaa.

Orang mesti akan terima tanpa ragu-ragu kan, sebab dah nampak ais krim yang menyelerakan kat atasnya. Ais krim tu sangat mempengaruhi minda mereka.

Macam tu la dengan perkataan 'Tolong' tadi. Dia boleh dijadikan perhiasan kepada perbuatan mungkar.

"Mon, nanti 'tolong' aku cakapkan kat bos, aku tak masuk kerja sebab demam"
//hakikatnya, dia duk rumah layan COC//

"Ton...'tolong' simpan rahsia aku tau. Jangan bagitahu sesiapa yang aku minum arak"
//Rahsia tu amanah, tapi menyimpa rahsia macam ni dikira bersubahat//

"Din, 'Tolong' aku ya. Aku perlukan jawatan tu. Kita kan kawan lama. Nanti ada la bahagian untuk kau"
//Kira macam rasuah//

Memang perhiasan psyco namanya...
lagi-lagi bila kena dengan nadanya...

"Tolong la aku yeee....please..."
"Tolong la ye...tolong la Ton...tolong la...please..please"

and etc.

Kesimpulannya. kalau kita dapat ayat 'Tolong' dari sesiapa. kita kena nilai pada permintaannya. Kalau untuk kebaikan tak apa. Kalau untuk kejahatan minta dijauhkan.

Walaupun namanya kawan ke. 'bestie' hingga hujung nyawa ke atau setia hujung nyawa sekalipun.

Dan berbalik pada kisah flashback saya tadi.
Saya nak cerita tentang isu ni sebab perkara ni memang jadi satu penyakit dalam kalangan pelajar universiti terutamanya.

---------------

"Cempedak...tolong tandakan attendance aku, esok aku tak dapat datang kelas"

"Okay...nama penuh kau apa?"

"Tembikai bin Watermelon"

"Number matrik?"

"BG123456789101112"

"Amboi, banyaknya BG..."

"Err..kau pernah makan tembikai takde biji?"

//Cempedak kebingunggan//

---------------

Harap fokus korang tak terganggu dengan sketsa di atas.
^_^
Mungkin ada di sesetengah tempat atau Universiti yang mana Lecture dia cuma bagi kertas kat student untuk sign attendance masing-masing.
atau..
Mungkin ada Universiti yang belajar dalam kelas yang mempunyai kuantiti yang kecil. Kalau macam ni, boleh la main panggil-panggil nama macam kat sekolah rendah dulu...

"Meon..."

"Saya cikgu.."

"Tipah..."

"Hadir cikgu...."

"Peah..."

//Tak berjawab//

"Ok, Peah tak hadir ya..."

Haha kalau pula sekarang ada student universiti yang belajar dalam satu dewan kuliah, dan memuatkan lebih 200 orang.
Rasanya nak panggil nama satu persatu, sampai ke esok pun tak sudah.

Jadi, itu je la alternatif untuk Lecture ambil kehadiran.
Tapi yang jadi masalahnya. Sikap pelajar yang tak amanah dan tak bertanggungjawab.

Mungkin ayat saya ni agak pedih sikit la..

"Mereka takut kawan dari takut Tuhan" 

"Mereka dengar cakap kawan dari Tuhan"

Ingat....Lecture memang tak nampak, tapi Allah sentiasa nampak.

Bukan saya nak bagi hukum. Dosa dan pahala kan Allah yang tetapkan.  Buat mereka yang suka 'Tolong' kawan tandakan attendance ni, sendiri boleh renungkan dan fikir. Berdosa atau tak?

Saya cuma nak beritahu bahawa perbuatan ni adalah satu kemungkaran sebab ia melibatkan 'Pembohongan' atau 'Penipuan'.
Dia berbohong dengan Lecture dan korang pula bersubahat sebab 'Tolong'.
//Perbuatan yang mungkar kan berdosa//

Perkara ni takut memberi kesan terhadap pelajaran sendiri.
Takde keberkatan dalam pelajaran sebab pernah tipu Lecture.
Halus je kan perbuatan ni. kita tak nampak, sebab tu kita kata ini perkara biasa. Cuba fikir sedalam-dalam-dalamnya.

Huh..

"Tapi macam mana kalau kawan tu sakit, dia memang tak dapat pergi kelas?"

Kan dia boleh buat surat ketidakhadiran...apa susah?

Ada ke seorang kawan sanggup libatkan kawan dia dalam masalah yang dia hadapi?...
Sampai la kawan dia tu terpaksa bersubahat buat dosa.

Jadi ketahuilah bahawa korang dah terkena satu virus.
Ni namanya, Virus Ukhwah Palsu

Carilah Ukhwah bukan Kawan

Walaubagaimanapun, islam itu indah. Nak tandakan attendance kawan? Boleh, kecuali adanya darurat .

"Eh, tadi kata perbuatan tu dosa, kenapa kata boleh pulak?"

Kan saya kata 'Kecuali ada darurat'

"Darurat macam mana?"

Haaaa...
Darurat bila ada Lecture yang cakap...

"Ok...all students. WHO DIDN'T ATTEND MY CLASS TODAY. I'LL KILL THEM AFTER THIS CLASS. NO DELAY!!"

Ok, bila dengar Lecture cakap macam ni, pelajar dah gerun, terkenangkan kawannya yang akan mati kena bunuh. Terburu-buru cari kertas kehadiran untuk tandakan nama kawan dia. Sebab sayang kawan, takut dia mati. Done tandakan.

//Ahah,...bila darurat boleh, untuk tujuan menyelamatkan nyawa//

Hah, tapi tak ada la Lecture macam ni kan...paling-paling pun last word, dia akan cakap.

"I'M JUST KIDDING..."

Haaa, dan... apa lagi? korang pula haruslah memadam balik tanda yang korang tulis untuk kehadiran kawan korang tadi.

K...itu saja rasanya ^_^
Tarbiah ini untuk diri saya sendiri dan sesiapa yang terpanggil untuk tarbiah ini.
Tabarakallah.. :')

Saya perlukan kawan yang faham bahawa "couple sebelum nikah itu haram"


As'salam..
Ok, dengar tajuk pun memang kedengaran rare.
Ada ke orang begging perkara macam ni.
Tapi itu lah hakikatnya...apa yang aku nak sekarang.

Ada dulu seorang cikgu pernah cakap. Tapi aku tak ingat cikgu apa. #betul tak ingat, maaf ye cikgu ngee

Cikgu tu cakap macam ni,

"Nanti masuk U, banyak dugaan yang kita akan lalui. Kalau dulu, dugaan cikgu yang paling besar ada satu"

"Apa dia cikgu?". #Budak lolipop bertanya sambil menggosok-gosok hidungnya

"Lelaki..."

"Kenapa cikgu?"

"Sebab lelaki kat U...hensem-hensem, mula la kawan-kawan ajak bercrush sana bercrush sini"

hahaha aku ingat balik apa yang cikgu tu cakap. ekceli memang betul. Dan aku faham perasaan cikgu, memang itu satu dugaan.

Dalam kita menghadapi dugaan tu. Ada lagi satu dugaan iaitu kawan-kawan. Hah yang ni tak yah la cerita. Rasanya semua sedia maklum, dalam mencari kawan...perlu berhati-hati.

Tapi dalam kes yang aku cakap ni. Nak berhati-hati tu kena lebih. Jangan tengok pada luaran seseorang je sebab luaran dan dalaman seseorang tu memang ada yang berbeza. Bak kata orang puteh yang rambut kuning mata biru tu, "Nobody perfect"

Orang tengok yang tudung labuh dan menutup aurat sempurna tu, jangan sangka mereka cemerlang dalam bab ikhtilat. Orang yang pakai songkok, kopia mahupun popia atas kepala, jangan sangka mata mereka sentiasa terjaga. Setiap manusia ada syaitan yang menghasut. Nak fight dengan syaitan tu la jihad kita.

Bukan nak buat cerita, tapi memang realitinya berlaku di depan mata.
Ada kawan yang gila crush, ada kawan yang gila dengan boyfriendnya, ada kawan yang gila takde boyfriend..hokhok pun ada aeh?

kalau buat bancian mengenai perasaan cinta, memang orang-orang macam ni wujud.
Kadang aku sendiri duk rimas, bila duduk dengan mereka-mereka ni. Tak ada topik lain nak dicerita la.

//Meon lalu//

"Aehhh crush aku...crush aku..."

//Leman lalu//

"Aehhhh...aehhh crush aku lagi...crush aku.."

//Om angkat tong gas lalu//

"Aehhh...haaa ni crush kau"

Phffff....
Apa dosa si Om tu pun tak tahu. Dia yang buat kerja halal angkat tong gas pun dah jadi bahan.
Tu yang menunjukkan minda masih belum mencapai ke tahap matang.

Berapa banyak crush dalam koleksi pun tak tahu.
Jadi buat kita sama-sama lihat kat sini.

Suka ke bila hati tercemar dengan banyak lelaki yang kita sukai?
Iiiih..hati awak dah tak suci, banyak lelaki yang awak letak dalam hati.

Mencintai Allah tu tak rugi apa. Betul saya cakap ni.
Bila awak rindu Allah, suruh Allah kejut sembahyang tahhajud, then...Allah kejut.
Sebab itu tandanya Allah pun rindu kita.
Indahkan bila cinta berbalas.

Daripada kita cintakan crush yang langsung tak berbalas.
Atau cintakan couple yang tak ada faedahnya.

#ingat untuk berpesan-pesan kepada kebenaran
As'salam

Anak comel Mak Ayah! kuikui

What will be my answer for tomorrow.
It is what we call the 'Mid-term tiba-tiba'.
Nasib baek 1 paper je yang buat perangai macam ni.
Kalau dia inform 3'4 minggu lebih awal tak la student serabut.
actually, aku tak la serabut sangat. Tu yang masih menyempat nak melencong ke sini.
hokhok...
Paper economi ekceli.., dulu subjek ni yang paling menggerunkan aku. Tapi sekarang dah be my febretttt.
Ok, I won't talk more about this, I donno how the rupa bentuk and raut wajah soalannya esok.

Apa yang aku nak cerita kat sini is about how do I miss my parents this week.
Homesick week I guess.
Donno why it is for sudden.
Hah ekceli I miss to talk with my ayah. Bila telefon mak, asal nak cakap ngan ayah je mesti ayah tengah solat. ok, wrong timing I thought. But not once, its more than twice.

Then, ada cerita sebenaqnya...
One day, I got call from...
Curious...yeah, so curious. "Sapa yang duk call aku ni?"
"aku wish peminat?" puiii
Oh...ekceli, Ayah!!

Then I answer it...

"Assalammualaikum anak ayah....yang comel...tengah buat apa?"

haha, aku gelak sat.
Ayah aku ke?
Betui ka ayah aku ni?
awat panggil aku lagu tu?

Tak pernah pun ayah nak panggil aku lagu tu huahaha...

Oh ok, lastly baru aku tahu, mak yang suruh ayah cakap macam tu. Ayah pun sebut la...kuikui
It's ok ayah, I know your honest. :D
And at the end, his advice...

"Makan...jangan tak makan"

This word memang aku tahu tulus dan murni dari ayah. Ayah pun akan cakap dengan mak suruh pesan benda yang sama. Sebab, sejak dari bangku sekolah lagi ini la nasihat paling pemes dari ayah aku. Dulu kalau aku pi sekolah tak makan, ataupun dekat sekolah aku tak belanja duit untuk makan sebab nak saving...memang kena la ceramah 500 muka surat dari ayah.

sampai la sekarang ni, nasihat tu tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas...(aeh? betul tak peribahasa aku ni?) - pape la

One day, bila dah dapat bercakap dengan mak, aku tak sedar tiba-tiba talian terputus.
bila aku telefon balik, ada suara perempuan cakap.

"Anda telah kehabisan kredit. sila reload sekarang...bla..bla..bla"

hah! siapa perempuan ni? mana mak aku? dia ke alien yang curi mak aku? kenapa dia yang jawab telefon bila aku cuba telefon balik mak aku?

Oh budak tak sedar diri, abis kredit rupanya...

rasanya kalau aku top-up RM50 pun tak cukup nak telefon mak ayah aku. Banyak cerita yang nak di cerita.

Ok, abis dah merepek. Rasa tak stress sangat untuk paper esok. Ingat mak ayah, jawab ngan tenang.
Macroeconomic...dress up cantik-cantik tau, supaya sejuk mata hati aku melihatnya. hokhokhok, kita jumpa esok.

Kbai...
As'salam...

I'm a BIBLIOPHILE since my childhood


\\Assalammualaikum//

Akhirnya setelah beberapa hari wifi dengki dengan blog ni. Harini  baru boleh bukak.
Dah, tak yah la cerita benda tu. Idea dah takde nak menulis hari ni. tapi tetap cuba untuk menulis.
Haa hari ni, kelas semua cancel, satu pun takde...molek la tu, bila ada dibuat kelas ganti nanti, baru la keluar segala rungutan. Manusia biasa, bukan mahkluk asing dari dunia takde perasaan.

Ok meh cerita pasal viral aku.
Viral aku sekarang adalah 'buku'. Ni bukan sebab adanya baucher buku baru aku sibuk nak cari buku ya....bukan sebab tu jugak aku sibuk nak jadi bibliophile. Aku dah memang bibliophile sejak azali lagi, sejak aku tadika lagi. Gila gaban dengan buku cerita. 'Raja Bersiung', 'Rantai Emas', 'Pak Pandir', 'Pak Kadok', 'Si Luncai dan Labunya' dan macam-macam lagi buku cerita yang aku simpan jadi koleksi, sampai sekarang aku masih simpan lagi. Bila ada pameran buku kat sekolah rendah dulu, aku lah orang yang paling tak tenang dalam kelas. Nak tunggu giliran bila masanya giliran kelas aku untuk turun bawah tengok pameran buku. Tapi nasib baik kelas aku tak kat belakang, jadi kelas pertama dan kedua satu kelebihan. segalanya didahulukan. Bila ingat balik detik-detik pameran, muka aku paling bahagia tengok buku cerita yang banyak giler..cuma waktu tu sekolah rendah lagi, dulu-dulu duit poket ke sekolah 80 sen je. Tu sebenarnya lebih dari cukup, tu la bezanya zaman dulu dengan sekarang. kalau nak balik semula ke zaman 70-an 80-an...hanya dengan 50 sen dah boleh dapat nasi lemak sebungkus yang berbungkus dengan kertas minyak...mak aku cerita la.

Eh! lari topik pulak dah. Ok, berbalik kepada cerita kita pasal buku tadi. Hah cuma dulu mak aku tak bagi sangat aku beli buku kat pameran. mak kata 
"buku cerita dah banyak kat rumah mak beli, tak payah nak membazir duit"
Jadinya aku beli la satu buku yang ada la jugak faedahnya. ni pun selepas memujuk rayu mak untuk beli. haha buku paling lagend sekali, rasanya semua orang kalau lalui zaman sekolah rendah, mesti kenal dengan buku ni ..."KAMUS BERGAMBAR"...hah ni la paling lagend. Kalau bawak balik rumah, ajak adik aku main cari-cari barang tersembunyi dalam gambar :D

Dan cerita pada zaman sekarang. Aku bukan baru nak viralkan penyakit aku ni. Tapi memang bukan aku sorang yang ada penyakit ni. 

"SUKA KUMPUL BUKU BACANYA TAK ABIS"

Bila dengar je ayat ni, mesti orang ingat. 

"tak guna la beli buku kalau tak abis baca"

"Buat apa kumpul buku kalau semua tak baca lagi"

Bukan aku kata 'TAK BACA'...aku kata 'TAK ABIS BACA'
maknanya akan baca lagi.

Tapi aku memang agak allergy dengan novel. Aku memang tak suka sangat baca novel. Pernah la jugak baca tapi dulu masa buku tu top aku nak tahu apa yang best sangat sampai semua nak baca. Tapi sekarang, walaupun novel tu top tahap dewa, aku memang tak akan dan tak sanggup nak baca.
Suami aku ini lah, Suami aku itu lah....semua duk sibuk cerita pasal suami.
Hah bila fikiran makin dewasa, tak perlu la nak fikir pasal cerita-cerita imaginasi orang tu. Fikir la pasal benda-benda yang nyata dan pasti akan jadi dengan kita. 
Kalau cerpen yang ada moral of story dan banyak tarbiah, aku boleh baca....(#chenta)
Aku sebenarnya nak influent orang dengan buku-buku motivation, islamic, dan lain-lain yang boleh buka minda orang tentang tujuan hidup.
Aku dah kumpul buku-buku macam ni sejak aku form 5...Jadi perasaan sebagai bibliophile to sangat mendalam dengan buku-buku macam ni. bila ada baucer buku tu, satu advantage untuk aku.

#Plan to publish a book
#About this near month or maybe this year
#May Allah will...
#Thanks for read my 'merepek' speech today ^_^ Jazakallahu khair

Contact Form