Apa yang saya rasa...

 
\\Assalammualaikum//

Cuti semester dah hampir menemui pengakhirannya. Arhaa rasa tak cukup masa duduk rumah. Rasa macam banyak benda yang tak dibuat lagi. Plan memang banyak tapi ada berita tiba-tiba dari kampung, jadi kena bergegas balik kampung dengan tiket kapal terbang yang ada. Itu pun nasib baik tiket kerajaan ada *Alhamdulillah atok pun semakin sihat

Kelas memandu pun ditangguh walaupun dah hampir separuh jalan dah. Tak dapat la nak race kat labuan..hehe ayat poyo je.

Memandangkan dah lama tak update blog, rasa nak sumbat semua cerita kat sini.
Hah, mula dari mana? date ngan kengkawan...sedeh tahap tinggi gunung kinabalu >.< sebab tak dapat nak jumpa Syara pun. Ok, actually ada jumpa, tapi jumpa di tengah jalan dalam kesesakan pasar tani.
btw malam ni date dengan Laawly. //tolong la datang semua//

Pointer macam mana?
Lets stop to talk about it in here.
There is nothing to upset but I'm still feel glad.
Just need to believe with yourself...because for me, pointer is nothing to compare with your knowledge. How if someone got 3A 4B 1E and the other one got 1A 6B...who is looks better? more A or less A? for me 1A is better.
let others value you on their perspective  but we've to stand on our trust. Trust with your ability. *wink ;)
Actually, let others show off because they got many A in easy subjects...but don't you. Just be thankful for what you have...because your value of A is 'different' with them. A very deep different...

Ok, kita Tutup kes-kes jenayah jiwa di atas...
A few moment...just now la..
ada sedikit discussion dalam wassap dengan seorang sahabat...
dia yang bertanya pendapat mengenai 'Ustaz vs Palsu'.
rasanya topik ni memang patut diketengahkan sebab ramai yang semakin dekat dengan jiwa dakwah. dakwah bukan semestinya nak kena jadi ustaz atau ustazah. Apa yag penting dalam dakwah adalah ilmu. Bila kita rasa jiwa kita ada ilmu, ada sesuatu yang patut dikongsi, maka jadilah sesi dakwah atau mentarbiyah.

Selalu dengar kalau ada je orang nak berubah dari jahat menjadi lebih baik. Mesti ramai orang disekeliling yang akan mempertikaikan.
Ini yang merisaukan mereka sebenarnya. Jadi kita ni sebenarnya kena jadi orang yang membantu bukan jadi orang yang disekeliling tu. Bagi semangat dan dorongan.

ok, makin jauh ni..heh berbalik kepada topik mengenai 'Ustaz vs Palsu'.
Bila kata Ustaz mestilah pandangan kita, mereka yang mempunyai ilmu tentang agama kan. Mestilah dia orang yang kita boleh tanya tentang agama. Kalau tengok kat laman sosial, ramai da'ie yang berusaha dalam dakwah. Ramai yang jadi role model kepada orang lain untuk berubah, yang jadi pendorong, kira dakwahnya memang berkesan la. Kalau nak jadi pendakwah, memang ada caranya. Ada orang yang boleh terima dakwah secara lembut ada yang tak makan saman, ada jugak yang boleh terima dakwah yang menyentapkan dan ada yang tak setuju dengan sentap dia. Mana yang tak boleh terima dua-dua cara tu tandanya hati dia dah keras. Tapi persoalannya sekarang macam mana nak tahu ustaz tu betul ke atau palsu?
Itulah pentingnya ilmu, bila berhijrah dengan hanya bergantung pada laman sosial memang ada yang lurus ada yang tak. Bila nak tahu apa yang disampaikan tu sahih atau tak,seperti hadis atau ayat al-quran, banyakkan bertanya dengan orang yang lebih arif dan diyakini ustaz..yang perempuan cari la ustazah, iktiar cari ustazah dulu kalau takde baru 'tanyalah ustaz'..'anta tanya ana jawab'..'kalau dah jodoh'...amboi..semua racangan keluar. jangan terpengaruh sangat dengan 'suami aku ustaz' :D. Tak susah sebenarnya kalau kita nampak jalan yang Allah bagi.

"Macam mana pula kalau pendakwah tu berdakwah dengan sindiran? buat mereka yang nak berubah tu sakit hati bukan terubat hati"

haa ni pun masalah sebenarnya. Nak menyampaikan dakwah kena lemah lembut, contohi cara Rasulullah S.A.W. Biar lambat yang penting berterusan... lama-lama boleh mengubati hati orang. Nak bagi ubat kat orang bagi sihat ni bukan sekali suruh mereka teguk botol ubat tu, tiap-tiap hari kena bagi 2.6ml , 3 kali sehari. Ada sukatannya...heh metafora je ni..tapi mendalam.

Jadi konklusinya, berhati-hati dalam setiap maklumat...pendakwah bukan sahaja ustaz atau ustazah tertapi setiap manusia yang berilmu. ^_^
Manusia yang nampak berilmu tetapi sebenarnya tidak berilmu kerana tidak memanfaatkan ilmunya.



Contact Form