Sabar kena Ikhlas

\\Assalammualaikum//

Asal jam 1 pagi je, rasa nak menulis...rasa nak membebel sat...harap well said pagi ni, kalau tak ada benefit tu, campak je ayat aku ke laut bagi makan 'jos' ...tahu ikan 'jos'? tu yang jerung, yu, shark, dan seangkatan dengan mereka.

Ok, intro aku je pun dah merepek pasal ikan jos. *lupakan hal tu

Sebenarnya, den baru balik ni dari labuan, setelah bertungkus lumus menghabiskan pembelajaran di sem1, akhirnya..dapat cuti sebulan. Tapi, sebulan pun rasa sekejap, baru sampai je, rasa macam dah dekat masanya nak balik.hah..
Tadi ni, nak cerita kes dan peristiwa yang kami lalui...perjalanan kami memang sangat me...me...menyedihkan dompet.

Patutnya Feri Labuan-KK, kami ingat nak ambil 14hb pagi...sebab tiket flight KK-LD dah beli awal, 14hb petang jam 4.
Bila dia bagitahu je yang tiket Feri tak ada jual pagi sebab, Feri tak beroperasi waktu pagi. (mungkin sebab cuaca kurang baik di waktu pagi..)

Jadi..terpaksa la ambil 13hb petang, awal sehari.
hah time ni la kebingungan mula melanda.
Motif utama aku naik flight sebab nak save duit, tapi sudahnya, paling banyak kena keluar duit.
Duit penginapan, duit makan...bukan murah.
Tapi takpe la dah sampai rumah pun syukur alhamdulillah.

Sabar kena ikhlas...
bukan sabar ada had..
Selalu, orang suka cakap;

"Jangan nak menguji tahap kesabaran aku ye"

"sabar aku ada hadnya, jangan sampai aku hilang sabar"

"sabar aku bertempat, kalau aku dah naik angin, memang teruk dia aku kerjakan"

Dan ada lagi banyak contoh-contoh ayat yang sewaktu dengannya.
Malas la nak tulis semua, nanti sampai esok tak sudah.

Orang yang suka cakap macam ni sebenarnya hipokrit.
Dia nampak sabar tapi dengan kata-kata dia macam tu menunjukkan dia tak ikhlas untuk sabar.

Susah ke nak rasa sabar tu macam mana?

Tak susah, selagi hati kita kuat mengingati Allah.
Mengikut pengalaman aku sendiri.
Aku pernah rasa macam mana peritnya rasa ditipu kawan, kawan tikam belakang, orang cakap belakang, depan kita baik, belakang kita cakap buruk pasal kita...semua sebab mereka tak suka.
Tak ada seorang pun dalam dunia ni yang disukai oleh semua orang, mesti ada yang tak suka dengan kita walaupun sorang.
Sakit tak hati bila kita kena terima semua ni?

Jadi apa patut kita buat...
aku cuma ada satu cara yang boleh buat aku ikhlas untuk sabar.
nak bagi tips yang berkesan, aku tak tahu la berkesan kat korang ke tak, tapi memang berkesan kat aku.

Kalau rasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, jangan balas balik dengan menyakitkan hati dia..malah kita kena cuba untuk jadi ikhlas dan sabar.
//Bila orang baling tahi lembu kat kita, kita tak boleh baling tahi lembu tu balik kat dia//
Masalah akan jadi lebih besar kalau kita buat macam tu...sebab tangan kita pun terkena lagi tahi lembu tu sebab nak baling balik.

Bila orang tu khianati kita...
Cuba tutup mata (kosongkan minda) kemudian senyum.
Memang nampak macam tak siuman bila senyum sendiri...tapi jangan la buat depan orang awam. Bila kita sedih, kita kat mana? mesti nak bersendiri kan...cuba ubah sikit, bila rasa sedih, jangan buat mata tu bertindak agrasif, biarkan bibir mengukir senyuman...InsyaAllah mata tak akan keluarkan air mata. Ni biasa jadi kalau perempuan tu memang mudah nangis ; 'chengeng', 'gembeng', chiwek' dan macam-macam lagi gelaran.

kalau lelaki nak kawal marah macam mana?
Buat benda yang sama pun boleh.
Pejam mata, sebut nama Allah.
'Allahu akhbar'...'lailahaillallah'...
Puji dan sebut la nama Allah banyak kali

Fikir positif...
Besar ganjaran buat orang yang bersabar.
Ingatlah, Allah maha mengetahui...
Allah tahu apa yang kita rasa.
Allah lah yang ada dekat dengan kita diwaktu senang mahupun susah.

Tahu tak kunci segala akhlak yang mulia dalam diri kita, boleh jadi dengan hanya bersabar.
Sebabnya, bila seseorang tu sabar, dia mula rasa ikhlas, dia mula jadi seorang yang pemaaf, dia mempunyai rasa redha, tawakal, yakin dengan ketentuan Allah...dan banyak lagi yang boleh kita kaitkan dengan sabar.

//semoga kita dapat terapkan dalam diri//

Mulakan dengan sifat sabar ^_^
InsyaAllah, Tabarakallah~

Ubah strategi sebelum ke garisan penamat

\\Assalammualaikum//

Dah jam 1:20 pagi ni...mata masih tak nak tidur. Nasib baik la esok takde paper,
Tapi rasa bagus tak dapat tidur ni. Sebabnya, time2 macam ni la masanya kita nak muhasabah diri.
Jadi kali ni rasa nak update blog sebab nak muhasabah diri.

"Asal nak muhasabah diri pun tulis kat blog?"

"Takde benda lain ke nak buat? nak muhasabah diri...muhasabah la, duk diam2" 

"Pasai pa nak bagitahu kat semua yang hang nak muhasabah diri?"

kan...
Bunyi-bunyi macam ni akan ada.
Isoke, aku cumanya nak bagi sentap kat diri aku sendiri yang dah lama kurang ajar dengan diri sendiri.

hah agak pedas ayat aku.

Pasai apa aku tulis kat sini?
Supaya suatu hari nanti aku sedar, bila aku tak buat apa yang aku cakap,
aku akan ingat balik apa yang aku tulis kat sini...
Insha'Allah..
Bila pikir balik,..banyak kali memang aku dah cakap.
banyak kali memang aku dah kata benda yang sama.
Allahuakbar...

Sekarang baru aku sedar...
bukan aku sorang, tapi ramai orang kat luar sana yang dah jadi mangsa dengan gelaran kpoper.
cuma aku bukan sampai ke tahap kpoper sebab aku tak hyper...orang kata aku lebih suka buat gerakan sendiri, kalau boleh tak nak orang lain tahu kpop, biar aku sorang je yang kenal korea, nak fangirl pun dengan kawan, kalau dengan orang yang baru dikenali 20% je la..
Memang dulu ada rasa geram, tak puas hati... kenapa depa cakap pasai bias aku? kenapa depa duk kutuk bias aku? kenapa ni, kenapa tu? tapi aku belum sampai ke tahap nak gaduh.
Minda abnormal masa tu memang tak kenal apa selain apa yang dia minat.
rasa macam stup**d potato cheese mix BBQ beef and lamb choop.
//herrh lapor pulak rasa//

Ok, pada fasa pertama, aku memang pernah cakap kat blog aku yang lama dan entrinya pun memang dah tak ada. Aku cakap "stop to be fan with this, 'Kentang Putar Oreo Putar'"(pandai2 la tafsir sendiri jadikan akronim, malas nak sebut)

Pada fasa pertama tu, memang aku dah padam semua gambar-gambar nak dekat 500+ items dan semua video yang aku kumpul agak bertahun. Tapi aku masih simpan sikit mana yang aku rasa masih berat nak buang.

Bila masuk kesedaran di fasa kedua, aku rasa truly 'them' //ayah cakap jangan sebut kata-kata kasar//
Bila la aku nak betul-betul tinggalkan 'Kentang Putar Oreo Putar' ni. macam mana aku nak lupakan semua..
Sehinggalah bila suatu hari, PC aku rosak. Rasanya Allah nak tolong....
bila semua....segala....galanya.....hilang di dalam PC tu....semua hilang sekelip mata.
rasa terkilan pun ada, asyik duk teringat-ingat k-movie apa yang aku ada dulu.
tapi takpe, bak kata Princess Anna..."Let it gooooo, Let it gooo..."
haaa

Dan sekarang aku dah masuk fasa ketiga. Aku rasa ini la masanya //macam skrip cerita aksi pulak dah//

Setelah berjaya menyentapkan diri dengan bermacam-macam motivasi dan bahan bacaan. Aku rasa memang tak ada guna nak kejar semua keseronakkan di dunia ni. 'tarbiah sentap' banyak membantu. Betul kata Ustaz adnin..
bila ada yang isukan tentang kpop...
lagha la... itu la... ini la...
maka mesti akan ada mulut yang bau kolget cap itik akan kata...

"Alaaa....relek la, hiburan je pun islam pun tak melarang kita untuk berhibur"

//mula la bawa2 nama islam...Astaghfiruallahaladzim~//

lagi ada yang kata...

"Nak minat korea boleh, tak salah, janji jangan lupa solat, jangan lupa ngaji"

//senyum2, muka rasa suci...//

Siapa cakap?
kalau pun ada kpoper yang boleh khusyuk dalam solat, yang boleh ngaji dengan tekun sambil memahami makna Al-Quran DENGAN BAIK. Alhamdulillah..
Tapi tabiat dia layan kpop tetap salah. kenapa? sebab bila habis je solat, habis je ngaji...dia kembali menjadi jahil sebab hati dia kembali melekat dengan ketampanan artis-artis korea.

Memang ramai yang tak sedar, dalam istilah menundukkan pandangan.. termasuk saya pada suatu dan waktu ketika dahulu...kan dah cakap benda ni nak buat sentap diri sendiri. Jangan kata aku bash berabis budak kpoper....aku tengah bash berabis dengan diri aku yang dulu. pada siapa yang terbaca dan terasa sentap sama...maka, sama-sama la kita menyentapkan diri. hah

ok sambung balik yang menundukkan pandangan tadi tu...
ada yang tak tahu, maka dia buat (tidak menundukkan pandangan)...
ada yang tahu (tapi faham hanya dalam konteks realiti, bukan fantasi)
ada yang tahu tapi buat-buat tak tahu (lagi parah)
ada yang tahu dan faham (dia berubah)
dalam usia 20-an ni...baru aku sampai kat stage keempat..dulu memang aku tahu bab tundukkan pandangan ni..tapi aku cuma faham itu di alam realiti.
"kita tak boleh pandang-pandang sesuka suki kat orang yang bukan mahram kita.." itu yang aku faham.
tapi aku tak sedar dalam konteks alam maya...
"depa yang hang duk tengok, terlompat-lompat, tergelek-gelek, terngesot-ngesot kat atas pentas tu bukan mahram hang ke?"
Jadi, bab menundukkan pandangan, awak masih gagal!

sebenarnya bukan tu je yang merosakkan akidah manusia yang minat kpop ni...ada banyak lagi. baru sat tadi aku terbaca komen budak2 mentoh.

B :"Ehh..betul ke Malaysia akan turun salji" -status-

komen :
A :"Bukan salji la, musim sejuk"
B :"tapi kan kalau musim sejuk mesti ada salji jugak"
C :"eh betul ke ni, dengar mana?"
D :"harap-harap la salji TAK turun"
E :"kalau salji turun best jugak, aku boleh main baling-baling salji ngan adik aku"
B :"D bang** , harap-harap la salji turun macam kat korea.
D :"kenapa pulak bang**

see...sebab rasa taksub dengan korea, mereka tak fikir baik buruknya. sampai nak membang**ng kan orang.
semoga suatu hari nanti, budak-budak kpoper tegar di luar sana akan mendapat hidayah.

Ni kata-kata yang aku selalu tengking kat diri aku yang kadang-kala rasa degil.
"Tak rasa rugi ke hidup kat dunia ni dengan buat benda yang sia-sia. Nak rasa seronok tu buat apa? cuba bayangkan andai esok kita mati. nak persembahkan amalan apa kat depan Allah? takkan hanya solat 5 waktu yang ada dulu-dulu punya pun tak habis qadaq lagi, puasa bulan ramadhan yang ada dulu-dulu punya pun tak habis ganti lagi, zikir yang kita buat kadang tak rasa dari hati, apa lagi yang boleh kita cover untuk masuk syurga. Tak ke kita fikir, dengan setakat apa amalan yang kita ada tu akan ditolak disebabkan kelalaian kita semasa menjiwai kpop? makin kurang..makin kurang, jadi apa yang tinggal?"
Kat sini, aku bukan nak point kat kpop je...ini termasuk lah dengan hiburan-hiburan yang seangkatan dengannya. (rock metal, orng puteh, orng malayu dan mana-mana hiburan yang pada akarnya kita minat sebab penyampainya) - cantik,comel,ayu,hensem,macho,sado dll

Maka, muhasabah lah diri.
bertapa indahnya syurga dan bertapa peritnya siksaan neraka.
kita tak tahu nasib kita di mana.
walau apa pun nasib kita kelak, yang penting kita usaha dari sekarang untuk cinta pada Allah dan Rasul.
Rasa cintakan Allah dan Rasul tu lebih indah dari segala-galanya.
"believe me!!, trust me!! it is true!!"

"Kak, macam mana nak berubah"

//bila seorang sahabat yang lebih muda dari aku, tanya aku soalan macam ni masa kat plkn dulu//

bila dia selalu panggil aku untuk cerita kisah hidup dia. sebab dia percaya aku boleh bagi dia nasihat.

satu je pesan aku, "ingat Allah"...apa benda je yang kita buat..."ingat Allah"

bila aku bagi nasihat kat dia, aku sendiri rasa nak nangis sebab aku rasa apa yang dia rasa. Alhamdulillah hati dia ada terdetik untuk berubah.

Akhir kata, semoga kita istiqomah...

Projek baru : Transfomasi Jiwa 2015 (Bermula 20 Jan 2015)

Contact Form