Tujuan Manusia Diciptakan


|| Assalammualaikum ||

Kenapa tajuk harini?

Aku sebenarnya saja nak cari pengisian jiwa.
Cara aku cari pengisian adalah dengan menulis.

Ok..berbalik pada tajuk utama kita...Kenapa manusia diciptakan?
semua kita tahu dan sudah pasti boleh menjawab dengan mudah.

"untuk beribadah"

betul kan...ke ada jawapan lain?
Sebenarnya tidak semua mampu menjawab sebab manusia tak semuanya tahu.
Cuba tanya Bill Gate, dia tahu ke kenapa dia diciptakan?
Cuba tanya Obama, dia tahu ke kenapa dia diciptakan?

Cuba kita tanya, kenapa pensel diciptakan,
Kenapa pintu diciptakan, kenapa kereta diciptakan dan kenapa rumah diciptakan.
Rasanya, kalau soalan macam ni keluar exam PhD...satu dunia boleh dapat PhD.

Jadi, tak semua manusia di muka bumi ini tahu dan sedar kenapa diri mereka diciptakan.

Jelas Allah sudah berfirman di dalam Al Quran; Surah az-Zariyat ayat 56,
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
Sangat jelas, Allah menyatakan tujuan manusia itu diciptakan...semata untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Ada saja manusia yang sibuk bekerja, pagi petang siang malam, mencari nafakah tapi mereka lupa dan lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

Ada pula pelajar yang tidak putus-putus dengan
assignment dia, sibuk memikirkan final exam, belajar sini sana...tapi leka dari mengingati Allah s.w.t.

Sebab itulah tujuannya kita hendaklah mengisi jiwa kita dengan zikir agar hati kuat mengingati Allah. Walau dalam situasi apa sekalipun kita pasti mengingati Allah.

InsyaAllah...
Apa yang penting dari sekarang kita mesti sedar tujuan kita hidup di atas muka bumi ini. Dunia ini tidak kekal lama, Akhirat adalah alam yangkekal buat selama-lamanya. Maka, dekat dunia ni lah kita harus perbanyakkan amalan dan bekalan untuk kebahagian kita di akhirat kelak.

InsyaAllah...wallahualam..

Kenapa dah masuk Universiti, terus berubah?


|| Assalammualaikum ||

Pertama-tama sekali aku nak ucapkan selamat menjejakkan kaki ke universiti buat adik-adik semua yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sebelum bergelar mahasiswa.

Recently, banyak kita tengok tips2 masuk U...siap hastag TipsMasukU.. etc.
haa korang ambil mana yang lurus ye...ikut mana yang betul. yang karut-karut bagai tu jangan nak diikut sangat. Btw, nasihat akak jugak, jangan nak jadi autophile. Bahaya untuk kesihatan rohani. But being alone with Allah, its nevermind. Cuma jangan sengaja nak bersendiri atas sebab; tak suka bergaul. That is wrong.

oh why?

sebab, orang yang suka duk sendiri-sendiri then hati kosong ni, syaitan suka dekat. Bukan nak takutkan la, hah yang tu fakta.

Ok, ekceli, harini aku bukan nak cerita meleret-leret sangat. Cukup nak cerita sikit.
Ramai orang expect...

"budak-budak yang masuk U ni mostly akan ada perubahan dalam diri mereka."

Ni expectation orang, even aku masih dalam side budak-budak U.
Perubahan dalam diri tu mungkin ramai yang tak sedar sebab it's following the flow of their life...mereka rasa biasa. #DaqU

Tapi aku tak rasa 'mostly' tu...
oh atau mungkin aku duk dalam komuniti U yang kecik...sebab tu aku tak nampak sangat #kot
Tapi aku still setuju dengan expectation orang tu.
Walaupun tak ramai yang berubah, ada jugak yang still sama, ada yang berubah ke arah positif dan mungkin ada yang negatif...(minta dijauhkan buat generasi baru kini)

Kenapa ye perubahan ni boleh berlaku...meh kita tengok sebab-sebabnya :

#1 Hati
Ni adalah salah satu sebab kenapa berlaku perubahan dalam diri seseorang selepas masuk U.

'Innamal a'malu bin niyat'
(Amal itu bergantung pada niat)

Sesungguhnya niat itu dari hati yang tulus ikhlas kerana Allah.

cikgu : "sebab apa korang masuk U"

murid : "untuk menuntut ilmuuuuuu...cikguuu"

--

cikgu : "menuntut ilmu untuk apa?"

murid : "untuk dapat kerja best cikguuuu"

--
Ok, kira mindset budak-budak sekarang,
pergi sekolah--->belajar--->dapat result best--->masuk U--->dapat kerja best--->gaji best--->rumah best--->kereta best--->best--->best--->best...lalu mereka berhuhu sampai ke pagi.

Jarang yang kata,

"Aku nak belajar untuk ilmu, ilmu...ilmu...dan ilmu...demi Allah semata-mata"

Susah sikit nak letak hati kita macam ni. Even aku sendiri sering tersasar dek kerana exam yang kadang super duper killer sampai kadang aku belajar untuk exam semata-mata. Allahu...

Adik-adik, tolong jangan jadi macam ni. Perbetulkan niat kerana Allah. In sha Allah, Allah akan permudahkan jalan kita untuk menuntut ilmu.
Ilmu akan mudah ingat, masa exam nanti tak gugup sebab Allah jaga, dan segalanya Allah akan permudahkan kalau kita buat kerana Allah.

Cuba kalau niat adik2 tu pada benda-benda lagha. Contoh,

"aku masuk U ni, sebab aku harap dapat cari gerfren/boyfren macam yang dalam drama tv tu (langar kat coner, kertas bersepah atas lantai, sama2 pungut, then, dari mata turun ke hati...perrrr)

"aku masuk U ni sebab nak banggakan mak bapak aku, nak orang kampung tahu aku ni genius, boleh masuk U" hok...hok...

Dah cukup! hentikan segala drama hidup negatif macam ni. Aku yakin, korang mesti totally akan mula berubah bila dah kenal macam-macam jenis dan ragam manusia yang boleh mempengaruhi minda korang kalau hati masih bertujuan dengan perkara-perkara negatif macam tu.

Kesimpulannya *buat sesuatu yang baik, niat kerana Allah ta'ala

#2 Kawan
Haaa ni antara benda yang kita kena fikir sebelum masuk U, is 'kawan'.
Lepas dapat result UPU je, semua dah mula wassap kawan-kawan sekolah dulu, tanya

"weh ko dapat U mana?" ... "weh, dapat U sama ngan aku tak?" ... "weh...weh..weh.."

hah...kan. Mesti ada yang berharap nak seU, sebilik, seKos, dan etc.
even ada jugak kawan yang kejam sikit,

"weh, ko jangan la sama U ngan aku weh"

(haha takde kot, drama aku je lebih.)

Tapi apa2 pun, kita memang akan fikir pasal ni kan?...siapa kawan kita?, siapa yang akan sebilik ngan kita?, siapa yang akan duk meja sebelah2 ngan kita?, siapa yang akan pinjam kita punya pen, pembaris, pensil, buku, dakwat pen, pemadam dan sebagainya?. Memang korang akan dan kena fikir soal kawan.

Menurut kajian aku, kawan-kawan aku yang duk U berbeza ngan aku, banyak mengadu pasal kawan, even aku pun ada gak cerita kat diorang pasal kawan. Memang perkara biasa.
Sebab tu nak ditegaskan kat sini. Lihatlah dengan siapa kita berkawan. Elok ke perangainya?, yakin ke dia boleh membimbing kita berjaya dunia akhirat?.

Tu yang mak aku selalu pesan "nak cari kawan, cari yang jaga solat 5 waktu nya" . sampai sekarang aku pegang kata-kata mak aku dan alhamdulillah tak jumpa lagi yang tinggal solat. Kita nak jaga diri kita mesti mula dari solat. kalau solat pun kita tinggal, then dapat kawan pun yang tinggal solat. itu la kerugian yang sangat besar.

Then, perkara seterusnya, jangan cari kawan yang lebih kuat pengaruhnya dari kita. Contohnya, budak hot or budak yang giler glamor. Sebab apa? sebab korang akan jadi tukang lap kasut, lap kuku, lap lantai dan etc. Drama2...

Eh, jap bukan aku nak ajak korang bersangka buruk dengan orang. Tak...k, tak semua ^..^v
Cuma nak nasihat je, kalau semua nak kawan yang glam-glam ni, siapa nak kawan dengan orang yang humble-humble semua tu. Other thing lagi, jangan sesekali mempunyai sikap asabiah atau berpuak-puak. Nak kawan semua orang boleh tapi harus berpada-pada. Cari kawan yang tinggi ketakwaan nya pada Allah, In sha Allah dia dapat membimbing kita. Dan bila hati dan iman kita sado, jangan pula biarkan kawan-kawan yang tersasar itu terus tersasar...cuba untuk bimbing mereka pula, buat semampu kita.

("eh, yang tinggi ketakwaan tu macam mana?")

|| "dia takut pada Allah, jaga solat dia, selalu ingat pada Allah, jaga akhlaknya, tutup aurat dengan sempurna, kaki perempuan tu aurat, pakai stokin, yang lelaki pulak tak boleh renggang dengan masjid, sehari tak ke masjid je, getar tulang jari hah" ||


("tapi, macam mana nak jumpa orang-orang yang macam tu? tak ramai kot boleh jumpa...macam mana nak cari kalau memang tak jumpa kawan macam tu?")

|| "Jangan nak banyak macam2. ada je la....korang la...korang...korang...dan korang... hah! kan ramai tu. korang jadi la orang macam tu, jangan terus mencari. Bila korang jadi orang macam tu, maka akan ada orang yang sama2 bertakwa datang mencari anda. Dan anda lah sebenarnya orang yang dicari....hoh..hoh..hoh tahniah" ||

Nak mendapatkan perubahan diri yang positif, jadilah individu yang mempunyai sifat positif maka akan berjumpa dengan kawan yang positif. meh aku nak tunjuk korang satu formular yang aku buat..

(+) + (+) = (+)
orang yang positif berjumpa dengan yang positif...maka positif la perubahan diri yang dihasilkan.

(+1) + (-2) = (-1)
orang yang kurang nilai positif dalam diri, tidak mampu memberikan hasil yang positif dalam perubahan dirinya apabila dia berjumpa dengan orang yang mempunyai nilai negatif.(harus dielakkan)

(+3) + (-2) = (+1)
orang yang banyak nilai positif dalam diri, mampu memberikan hasil yang positif dalam perubahan dirinya walaupun dia berjumpa dengan orang yang mempunyai nilai negatif.

(-1) + (-1) = (-2)
orang yang mempunyai nilai negatif lalu berjumpa dengan orang yang juga mempunyai nilai negatif dalam diri, maka perubahan dirinya yang dihasilkan tetap negatif, malah bertambah negatif.(harus dielakkan)

Kalau ada yang tak faham formular ni, sila bertanya...kita boleh sembang teh tarik sat gi...heh

Kesimpulannya, nak dapatkan perubahan diri yang positif....*berkawan dengan orang yang berakhlak tinggi dan jadilah individu yang berakhlak tinggi

-----

Rasanya, harini dapat kongsi dua perkara sahaja yang menjadi faktor pada perubahan diri pelajar pada peringkat universiti. Sebenarnya banyak kalau kita nak kaji. Tapi...tak cukup rasanya satu entri, mesti dibukukan agaknya heh2.

Takpe la..akhir kata dari akak buat adik-adik semua, ingat pesanan akak ni, semat dan pahat dalam minda. Jadilah mahasiswa yang mempunyai minda yang terbuka dan apa yang penting utamakan Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.

wassalam...

Amar Makruf Nahi Munkar

Chiizusan: Amar Makruf Nahi Munkar

\\Assalammualaikum//

Terima kasih untuk tiga hari ini,
Terima kasih kerana membuat hati kami semakin longgar dengan dunia.

Tapi, itu tak bermaksud untuk kita pisahkan antara dunia dan akhirat.
Dunia dan akhirat haruslah seiring...

(Al-Baqarah ayat 201)

jelas Allah dah nyatakan dalam ayat al-Quran.
tentang "kebaikan dunia" dan "kebaikan akhirat"
dua ni harus seiring.

Analogi aku.
"Menutup aurat untuk pahala akhirat....tapi pakaian adalah dunia".

Memang kita tak boleh nak pisahkan.
tapi kita kena tahu cara untuk seimbangkan keduanya.

Aku sejujurnya tak suka dakwah secara redikal. ya, siapa yang suka kan...semua tak suka.
jadi aku akan tetap dengan gaya aku yang lebih santai.
Memang kita tak boleh pisahkan agama dalam politik. sebab tu aku pegang dengan prinsip. Harus ada agama dalam mengurus politik atau pentadbiran tapi jangan letak politik dalam agama.
hah mungkin tak ada siapa yang faham dengan ayat aku ni,,,,kalau ada segelintir yang dapat tangkap maksud aku. Alhamdulillah.

"We've our right in our religion"

Tapi aku tak setuju dengan dakwah atau mempertahankan hak dengan cara yang keterlaluan sehingga menyusahkan orang lain. Matlamat dah betul tapi tak kena dengan cara.

Analogi aku...

Bila orang sakit kita bagi ubat perlahan-lahan. (sehari sekali/sehari dua kali)/(3 sudu sehari/2 biji sekali). Kadang ambil masa yang lama untuk sembuh tapi kita doakan dia sembuh. 

Begitu juga dengan kes untuk mentarbiah orang. perlahan-lahan dan berterusan. kadang ambil masa yang lama untuk bawa dia berhijrah tapi kita mesti doakan agar Allah memberinya hidayah.

Aku percaya dengan doa.
sebab doa adalah senjata mukmin.
Cepat atau lambat, Allah pasti akan makbulkan.
kadang Allah makbulkan dengan memberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta.

//tenang dan sabar dalam tindakan//

-----
Sekarang nak cerita.
bila kata, 'amar makruf nahi munkar'.
apa yang kita faham?

"Oh, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran"

tahu...
semua tahu maksudnya.
tapi, ada kita buat? aku ada buat ke?

"ada...kadang-kadang"

ya kadang-kadang.
sampai kadang-kadang kawan sendiri pun aku rasa berat nak tegur.
memang itu sebenarnya ujian.
tapi sampai bila aku nak hadapi ujian itu dengan pasrah.

Bila duduk dalam usrah, sangat ditekankan untuk kita tegur kesalahan sahabat kita yang kita tahu salah.

'tak solat', 'tak puasa', 'TAK TUTUP AURAT!'

etc.

memang susah....
tolong bagitahu saya siapa yang kata senang semudah kunyah kacang Nips?

kalau ada yang kata senang, Alhamdulillah...Allah bagi kekuatan buat kamu.

Tapi, manusia tak semua sama.
ada yang boleh terima, dan ada yang tak boleh terima sampai ada yang buat muncung Donald duck dua hari tiga malam.

Aku gelisah bila tahu kesalahan-kesalahan sahabat tapi aku tak mampu nak tegur.
Ni la padahnya bila ada sifat yang terlalu sangat menjaga hati orang, akhirnya memakan diri aku sendiri, sehingga liat untuk mentarbiah sahabat.

Betul la kata seorang ukhti.
"Nak tegur sahabat sendiri lagi susah daripada nak tegur orang lain"

Bila kita tak tegur sahabat kita, mereka akan tuntut di akhirat kelak.

"Kenapa tak tegur aku?"

Kita cuma takut, sebab perkara macam tu, boleh menghalang jalan kita untuk ke syurga. Nauzubillahiminzalik....

Balik semula kepada ayat 'amar makruf nahi munkar'.
Apa sebenarnya hukumnya?
hukumnya adalah wajib kerana jelas terdapat di dalam al-Quran, Allah banyak menyeru kita untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Tapi, terdapat dua pendapat dari ulama', ulama' yang pertama menyatakan bahawa amar makruf nahi munkar adalah fardu ain dan ulama' kedua menyatakan ia sebagai fardu kifayah.

Solusinya, kita kena sedar bahawa ini adalah tanggungjawab kita.
Ramai kita tengok sekarang...islam hanya pada nama.
yaa...muslim tak semuanya mukmin.

Allah telah memberi peringatan kepada kita untuk mengamalkan islam secara keseluruhan dan jangan ikuti langkah syaitan.

Rujuk surah Al-Baqarah ayat 208.

Kalau nak jelas lagi tentang perlunya jihad atau amar makruf nahi munkar, saya boleh bagi kod rahsia. ^_^

(2:218)
(3:104)
(3:110)
(5:78)
(22:78)
(27:89)
(27:90)
(41:33)
(61:4)
(61:11)

Boleh buka tafsir alQuran.
ini cuma pandangan secara kasar yang saya jumpa.
tapi sebenarnya ada banyakkkkk lagi, firman-firman Allah yang menyeru kita untuk melakukan atau menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Rasanya harini otak tak banyak memproses banyak maklumat.

"Sebenarnya, semakin banyak ilmu yang kita dapat semakin kita rasa banyak benda yang sebenarnya kita tak tahu"

Mungkin sekarang data dalam otak aku masih dalam penyelenggaraan...
InsyaAllah, lain hari boleh buat perkongsian lagi. ;)

Contact Form