Rindu Masakan mak, Rindu Motivasi Ayah


Assalammualaikum...
study week dah datang ni. tapi feeling nak bukak buku tu tak mai lagi. Tadi telefon mak, sesi meluahkan perasaan tentang ketidakpuashatian...//macam pelik ayat ni...ke aku salah eja//
hah pape la...
tadi telefon mak...
dan soalan wajib yang mak akan tanya ada tiga je...iaitu, tak lain tak bukan...
-dah solat?
-dah makan?
-dah belajar?

hampir tiap kali telefon mesti ada soalan wajib ni. Tu la pasal, kena setelkan dulu semua ni, baru telefon mak. kalau cakap 'belum' memang cari nahas kan. Dengar tazkirah dulu baru boleh cakap benda lain.

Tadi tu, bila nak meluah dengan mak, mesti pasal makanan.
tapi, nasib baik aku kena bagi tazkirah yang pendek sebab aku bagi alasan yang kukuh.
mak tanya "dah makan ke belum?",
then, aku jawab la "dah"....mak tanya lagi "makan apa?"
aku kena cakap dengan jujur, kalau tak, hidup tak berkat kan..
aku cakap la makan maggi...
haaa kan..., kat situ la kena tazkirah..
"jangan makan maggi,,,nanti itu...nanti ini...."
"nak makan boleh, tapi jangan selalu, kan dah nak pekse nanti"

ye mak, tapi tunggu saya nak habiskan stok dulu ye mak...boleh la ye ye ye mak.

ok tazkirah mak tadi tu tak panjang sebab aku bagi alasan yang boleh diterima, aku makan maggi sebab kantin tu, yang kedai makanan peberet aku tu tutup...bukan satu tapi dua-dua tutup. yang tinggal cuma kedai makan yang mahal dan kedai makan yang tak berkenan di hati, sebabnya adab tak ada.
ok, kalau nak cerita kat sini memang la tak boleh...biar la aku makan hati, lama-lama boleh ubat. Semoga Allah bagi petunjuk buat mereka supaya mereka tahu macam mana nak menjaga adab sesama manusia.

Tapi esok aku kena turun kantin jugak, cari makanan...sebab pesan mak, jangan nak berjimat sangat kalau pasal makan. makan je, jangan sampai tak makan.

aku cakap ngan mak..."kalau belanja makan sampai duit habis, macam mana?"
mak jawab..." haha diam-diam"
'tsk'

cerita pasal makanan ni memang tak akan habis sampai esok, tambah lagi mak sengaja buat aku cemburu, cakap kat rumah tadi mak masak ikan bakar cicah kuah asam...rasa macam nak nangis pun ada.
huaa mak~, lin kat sini dapat makan ikan bilis cicah sos je mak. itu pun ada nasib-nasib kadang jumpa ikan bilis yang beso sikit.

Ok, tutup cerita pasal makan.
sebenarnya tujuan aku telefon tadi tu, selain dari rindu dan nak tanya khabar...
aku sebenarnya nak semangat...
tapi kalau cakap dengan mak, semangat memang ada, cuma semangat untuk makan...haha takde la.
sebenarnya ayah aku punya semangat memang kaw-kaw punya.
haha, kenapa?...sebab aku boleh rasa bila dah dengar ayah bagi semangat dan motivasi, rasa macam hari tu jugak aku nak ambil exam. haha.
tapi malangnya, tadi aku tak dapat cakap dengan ayah sebab mak cakap ayah tengah makan...
-_-
Ok takpe esok cuba lagi...
"Ayah, lin banyak nak mengadu ni...hehe"
rasanya ayah kena bukak loadspeaker, letak telefon atas meja, santai-santai minum kopi, dan dengar cerita lin ye..hee

haa tu je la nak cerita...malam ni rasa nak update blog sebab tengah menunggu roommate aku balik dari urus event silat. Sangat busy roommate aku ni, semalam jam 4 pagi baru balik, kesian tak cukup tidur. aku ni je yang masih goyang kaki sebab kos aku sem ni takde kokum. Memang kena siap sedia la aku sem depan.

#HappyStudyWeek
#TolongCariRajinSayaGunaGPS #MasihHilangDariRadar ^_^

Bila sakit itu datang

Assalammualaikum...
semua semua...kenapa tajuk entri ni menimbulkan persoalan?
sakit apa yang datang?
haa ni yang nak habaq mai, sakit tu di sini...-___- di hati.
hanya Allah yang tahu macam mana rasa sakit tu.
Aku bukan suka ditindas macam ni tapi bila dah selalu macam ni.
hati nak nangis tak boleh, nak marah tak boleh, nak zahirkan kemarahan lagi la tak boleh. Ni la yang dinamakan makan dalam.

Mana keadilan?
bila ada orang yang bersifat mementingkan diri sendiri.
dia hanya akan fikir tentang pulangan yang dia dapat.
kerja kumpulan tapi dia buat kerja macam untuk dia.
ada salah ke yang aku terlepas pandang?


SITUASI 
error

Bila kita sabar dan tak ambil kesah, orang ingat kita bodoh...
Bila kita lawan, orang ingat kita tak rasional...
apa ni? mana satu yang betulnya.

aku cakap kat hati aku, sabar hati sabar..
aku cuba pujuk dia supaya jangan menangis..
aku cuba tenangkan dia supaya tak marah..
aku cuba yakinkan dia bahawa Allah ada dekat dengan kita, Allah tahu keadaan kita, dan ingatlah setiap perbuatan pasti ada balasannya.

aku kena positifkan diri, anggap ni cuma benda kecil. Bahas secara profesional, insyaAllah. keadilan tetap ada, hapuskan diskriminasi...haha amboi ayat macam politik.

ok la dah cukup la tu, sekarang bukan masa untuk geramji.
Ajar orang untuk belajar menerima...la taghdob~ la tahzan~ Allah ada...
macam mana nak sabar?
ingat balik semua kebaikan yang dia pernah buat....semua kebaikan dia terhadap kita, walaupun sikit.
InsyaAllah boleh rasa sabar...
dan berkat sabar, Allah akan bagi ganjaran.

cerita geramji di atas dah dapat ditutup...
sekarang, hasil dari toleransi yang dibuat, akhirnya keadilan dapat dicapai...
//ihh bunyi macam politik pulak ayat aku ni//
pape la, yang penting apa yang nak difokuskan kat sini. Positifkan diri.
kita semua tahu yang setiap orang mempunyai sifat yang berbeza dalam diri mereka. orang yang jahat sekalipun, dalam hati dia tetap ada kebaikan. Jadi fikir yang baik...insyaAllah baik la juga hasilnya.
wasalam...:)

p/s : admin memerlukan idea. la ni tengah nak buat poster untuk program yang bertemakan "Jom Solat di Masjid" -_- idea, tolong datang sini idea.

Kini muncul kembali


Bismillah...
Assalammualaikum dan salam sejahtera...diucapkan kepada...
adedeh, macam happer jer..
Rindu nyaaaaaaaaa blog ni...hanya hati dapat mengungkapkannya.
bila dah lama tak merepek dan membebel dalam ni, perasaan pelik tetiba datang tau. tah la...eh tah la..tak tahu kenapa.

Isoke, sebenar nya dua hari lepas ada buat entri tapi masa tu perasaan geramji tengah datang. rasa tak puas hati dengan orang ni, rasa tak puas hati dengan orang tu, rasa sakit hati, variety of  rasa la ceritanya. tapi bila dah semua kita tulis dalam entri tu, tetibe je wifi buat hal, hilang tah kemana...cari guna radar, tak jumpa, cari guna GPS pun tak jumpa..haaa sudahnya entri yang aku baru buat tu, yang penuh dengan perasaan geramji tu, masuk lah dalam draf. Then hari ni baru la aku buka balik draf tu, memandangkan wifi dah kembali setelah hilang, yang masuk dalam alam bunian katanya haha //merepek//
Bila aku duk ushar-ushar balik entri tu...tak jadi pulok nak post. hah tak sangka entri tu memang penuh dengan perasaan. So far, sekarang hati dah tenang...ada hikmahnya sebenarnya, Allah tak bagi aku zahirkan perasaan geram aku tu dalam ni. Memang la rasa geram semua pun ada...tapi hidayah tu mai bagi yang cepat sedaq dari lena. haa -_- aku sedaq dah...

Haa exam dah nak dekat....
kita cerita pasal benda lain pulak na. hee
nak qatamkan beberapa bab pun payah...otak aku ni perlukan terapi untuk beberapa hari. perlu tarbiyah lebih supaya kotak motivasi dalam otak tu tak terbiar kosong. //haa lama tak berkias macam ni//
Pape pun mood nak balik rumah tu, kejap on...kejap off...tu yang kadang otak boleh jem...sampai tak tahu nak buat apa dalam satu hari, nak kata pause tak jugak sebab mulut tak berhenti mengunyah, kalau besi katil tu lembut dah lama aku kunyah...hehe tak dak la sampai macam tu.

Ni nak warming up je dulu sebab dah lama tak buat entri, next entri kita cerita benda yang berfaedah sikit..haha sikit je? ngee sebab kadang kalau dah banyak nak cerita, topik asal boleh lari dari landasan kereta apainya. ^_^

k..Ma'assalama wa ilal liqoq

Contact Form